Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ?
Uhuk.. 31hb Ogos 2015. 31hb Ogos.. Semua rakyat Malaysia tahu… tolak tepi PATI.
Tapi sayangnya , aku dah tak rasa aku ni ‘merdeka’ ! Setiap hujung bulan , tunggu apa jadi dengan ‘petrol’. Naik atau turun ? Dah macam satu ‘permainan’ dah ! Haihh..
Tiap kali beli barang.. tengok perkataan GST ! Haih.. geleng kepala ! Aku tak kisah bayar GST tapi aku nak tau apa jadi dengan GST yang aku bayar ! Kalau setiap rakyat Malaysia bayar GST setiap hari , petrol tak perlu naik dah. Tol dah boleh ditutup.. Tandas boleh masuk percuma dah..
Tapi ??
Serius.. aku rasa aku macam pendatang ke negara sendiri ! Tu pasal aku tertanya.. Aku ni dah merdeka kah ? Asik bayar cukai jer memanjang ! Dan macam duduk kat Kampung Pinang Sebatang. Tuk Penghulu asyik datang kutip hutang.. Eh , kuncu kuncunya.
Pening !
Sampai bila nak macam ni ? Dapat duit , bayar cukai. Lepas makan skit.. beli barang keperluan dan kehendak diri.. pon kena cukai lagi ! Grrr…. Kalau dijanjikan perubahan selepas cukai dibayar , tak pe la gak ! Tapi ??? Hurmm…
Merdekakah aku ?
Aku tidur malam pon dengan kayu di sebelah ! Takut rumah dipecah masuk ! Tang mana amannya negara ni ? Oh , takde peperangan ! Tu je tanda kita masih aman.. Part lain ?
Yer .. ‘selamat menyambut hari kemerdekaan..’. Er , tak patriotikkah aku ?
4 comments
Selamat menyambut hari kemerdekaan abang ben sekeluarga..ermmm..
BalasPadamSelamat Hari Merdeka!
BalasPadamselamat hari merdeka abg
BalasPadamKalau kita rakyat cakap lebih lebih nanti orang kata kita kufur nikmat..
BalasPadamTak tahu erti bersyukur dan asyik komplen sana sini..
Mmmmm