Ketika awal aku berblogging dulu , ramai ketawakan aku terutama mereka yang mengenali aku..
“ Blog ? Apa tu ? Yang aku tahu , batu block.. “
“ Boleh dapat duit ke ? “
“ Sampai bila kau nak jadi blogger ? Boleh hidup ke jadi blogger ni ? “
“ Berapa income kau sebulan ? Boleh ke sara keluarga ? “
Aku balas dengan senyuman. Dalam hati aku , aku jawab..
“ Aku dah sampai Perancis dan Korea , hasil dari blog ! Aku tak keluar sesen pon untuk sampai ke sana. Aku ditaja oleh syarikat gergasi lagi ! Aku tak perlu tunggu hujung bulan untuk makan besar di shopping mall ! Nak lagi best ? Aku g event besar besar , aku sebut nama aku jer.. Terus mereka kenal ! Walaupun aku berpakaian simple ! Dan Alhamdulillah.. Setakat ni anak anak aku cukup makan , pakai dan dapat jer permainan bila dia menangis nak ! “
Bukanlah aku riak atau berlagak. Aku tahu apa yang aku buat. Aku yakin. Aku dah pun buktikan pada mereka ! Bukanlah bermaknsud buktikan yang aku mampu berjaya tetapi buktikan yang apa jua kesungguhan yang kita buat mampu memberikan pulangan , jika kita ada strategi dan ilmu mengenainya !
Apa yang aku dapat dari blog ? Apa yang dah aku capai ? Apa keuntungannya ? Apa kelebihannya ? Ahh , banyak betul persoalan mereka..
Tapi bila aku sebut DUIT , akan ramai private message aku di Facebook dan bertanyakan bagamana caranya ? Aku tak tau camana nak jelaskan sebab terlalu panjang dan terlalu banyak caranya.
Bukan aku saja dah buktikan blog ni boleh menguntungkan kita. Ramai blogger dah menikmatinya ! Hasil dari minat dan kesungguhan. Dan aku sendiri , seperti ramai yang dah tau.. Dah pun merasa bekerjasama dengan syarikat besar seperti AirAsia , Samsung , Nokia , Sony , Pioneer , Toshiba , Honda , Toyota , Mitsubishi dan banyak lagi. Esok , aku akan cipta sejarah terbaru.. Aku akan terbang bersama Malaysia Airliness Berhad ! Yer , company baru yang amik alih MAS. Penerbangan pertama esok.. Aku bersama mereka , melakar sejarah tersendiri.. bersama sama rakan blogger yang terpilih !
Ada yang tanya aku camana nak jadi blogger cam aku ni ? Tak semua orang bernasib baik untuk berjaya jadi blogger cam aku ni TETAPI mereka mampu berjaya dalam bidang lain , jika mereka tahu caranya !
Camana nak jadi blogger ? Tak susah nak jadi blogger.. Tapi nak punya semangat blogger tu yang payah skit. Seperti sekarang ni , jam 3.50 pagi.. orang sedang sedap tidur , aku sedang update entri ! Hurmm..
Ok.. ni ada peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman.. Jika berminat la..
“ Ingin menjadi blogger professional? Menjana pendapatan melalui laman blog. Ikuti Bengkel anjuran kami " Make Me A : Blogger" dengan penampilan blogger terkenal tanah air yang terbukti telah menzahirkan impian menjadian blog satu sumber pendapatan. Layari www.myryl.net untuk mendaftarkan diri anda sekarang. Tempat adalah terhad! atau hubungi 03-40650091 untuk pertanyaan lanjut. “.
Berminat ? Tunggu apa lagi..
Seronok duduk rumah , jaga anak dan dipanggil ke sana sini dan dibayar lagi !