Zahra dalam troli. Setiap kali aku berhenti di satu tempat dan berhampiran dengan apa apa barangan yang menarik perhatian Zahra , pasti dia capai dan letak dalam troli ! Nasib baik aku perasan .. Hurmm..
Masa membayar di kaunter , aku terperasan kertas kajang ni .. Dalam hati aku..
“ Amboi bini aku ni…rajin pulak nak menulis novel kat rumah ? “
Aku diamkan aja…
Juruwang amik dan letak dalam plastik. Aku amik dan letak dalam troli. Zahra cuba amik tapi tak larat ! Hehehehe.. Sila gi gym dulu yer ! Berat tuuu… Novel ala ala Lord Of The Ring kot bini aku nak bikin ??
Sampai di rumah… Aku angkut semua barang dan letak di dapur.. Wife kemas. Dan tiba-tiba wife bersuara..
“ Abang beli kertas kajang ni wat per ? Banyak tuuuu… “ .
Hurmm… Kalau bukan wife aku beli , aku pun tak beli… Sapa pulak amik letak dalam troli ???
Sambil pandang kat Qhaliff yang datang tersengih di depan muka aku ! Takkan dia kot ??