Bila aku post gambar makanan.. atau sesuatu produk.. tak kiralah samada berbayar atau tidak , risikonya pasti akan ada yang menidakkan kata kata anda itu..
Hakikatnya ? Hurm.. contohnya , semalam aku mempromosikan nasi lemak segera.. Makanan ! Bukan mudah untuk promote kerana tekak lain lain. Bagi aku sedap tetapi belum tentu bagi orang lain , ianya sedap ! Maka , tak boleh terus nak kata aku menipu atau si polan tu cuba nak menjatuhkan bisnis yang aku cuba naikkan tu. Tekak lain lain ! Perut lain lain.. Kalau aku makan tak sedap , aku takkan buat entri mengenainya lalu bagitau .. WOW , SEDAPNYA ! . Risikonya besar ! Nanti akan ada rakan pergi cari dan makan pastu..
‘Ler , macam ni Ben kata sedap ? ‘.
Sama jugak bila aku promote gadget. Semalam ada kenalan bagitau produk tu tak berbaloi untuk dibeli. Berdasarkan pengalaman aku , bab gadget ni bukan semua orang setuju ianya berbaloi untuk dibeli. Pengalaman pengguna tu lain lain. Terpaksa terima hakikat. Teruskan buat kerja anda ! Tak semua perkara kita akan dapat persetujuan. Apa saja !
Yang penting , bila kita tak setuju.. gunakan saluran yang betul ! Contohnya , aku makan mee goreng mamak . Aku kenal tokey dia tetapi aku amik gambar mee goreng tu , aku post ke Facebook !
“ Hekler.. Apa punya mee goreng la ni ! Dah la skit , mahal lak tu ! “.
Hurm.. apa salahnya kita cari tokey dia dan bagitau depan depan. Kalau dia tak nak terima , haaaaaaaa.. baru kasi up di media sosial. Kan ? Kalau nak jadi pengkritik atau penulis .. belajar kritik depan depan.. tengok reaksi pemiliknya camana.. Bukan apa , kekadang dia dah keluarkan modal untuk promosikan produknya. Tapi dengan kritikan kita di media sosial , secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjatuhkan kredibiliti dia.. Sian la kan ?
Kalau nak kritik gak.. tulislah dengan berhemah. Jangan sampai jatuhkan airmukanya. Tulis dengan niat untuk buka mata pengusaha atau tokey yang lain.. gitu lebih matang dan bijak. Mata pena lebih tajam dari mata pedang..
Hati hari bila nak promote sesuatu produk. Kalau rasa tak bagus , bagitau tokey dia. Kalau bagus , tulis bagus bagus tapi angan sampai ke langit pujiannya.. Ala kadar dan berinfomasi.