Indonesian Food Festival di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Korang inginkan sesuatu yang lain dari yang lain tetapi tak nak makanan barat atau sesuatu yang hampir sama dengan masakan tradisional melayu ? Aku ada cadangan.. Apa kata singgah Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dan nikmatilah makanan tradisional dari negara Indonesia yang cukup menarik dan sedap !
Indonesian Food Festival di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ini bermula pada 4hb September dan akan berakhir pada 11hb September 2015. Tak lama !! Kena cepat cepat pergi dan rasa !
Promosi ni bertemakan ‘ Wonderful Indonesia ‘ akan dihidangkan pada waktu makan tengahari bermula pada 12.30 pm hingga 3.00 pm manakala makan malam pula akan bermula pada 6.30 hingga 10.30 pm. Harga buffet termasuk GST ialah RM79 seorang.
Antara makanan yang dihidangkan ialah Mie Kocok , Cumi Gulai , Ikan Kakak Fillet Saus Padang , Perkedel Jagung , Sambal Tempe Kari Kacang , Tumis Jamur Kuping Kacang Hitam , Cumi Tepung Asam Manis , Pepes Tahu Sumsum , Perkedel Kentang , Mie Bakso , Soto ayam , Orak Arik Tempe Cabai Hijau , Gurame Acar Kuning Gurame Pindang , Nila Sambal Kecap dan banyak lagi !
Tunggu apa lagi ? Jangan sampai terlepas 11hb September kerana ianya tarikh akhir untuk merasai keenakkan masakan dari negara Indonesia ni.. Kalau terlepas , kena gi melancong kat sana la jawabnya kan ? Hehehhee..
Ok, aku nak makan dulu… Hehehehe.. Jemput datang ! Hehehe.. Sedap nehhh ..
Sebarang pertanyaan mengenai INDONESIAN FOOD FESTIVAL , boleh hubungi terus Seri Pacific Hotel di 03 4042 5555 atau lawati laman web di www.seripacifichotel.com.
10 comments
Ok. Aku nak gi. Cam terliur lak.
BalasPadamContent yang agak rare ni untuk bahan blog
sedapnyerrrrr
BalasPadamHummm sedap ni...
BalasPadammacam sedap je makanan tu. Saya yang study kat Indo ni pun tak pernah try semua tu
BalasPadamhuhuhu..terliur memandangnya..
BalasPadamsedapnyaa terliurr la pula
BalasPadamMak aih. Kecur air liur akak. Tak dapat nak ke sana... huhu... Tahniah Ben. Anda duta Blogger di mana². Kalo masuk pilihanraya, kompem akak undi Ben. Good luck Ben & Trimas info yang sedap nih hehe...
BalasPadammemang menyelerakan...masakan Minang pun tak kurang sedapnya
BalasPadamBestnye desert..
BalasPadamaduh...tempe goreng tu...
BalasPadam