#TodayIsHere : MALAYSIA AIRLINES BERHAD dan One World !

by - Rabu, September 02, 2015

 

Secara rasminya semalam , 1hb September 2015 sejarah tercipta di mana syarikat penerbangan terkemuka di negara kita , MALAYSIA AIRLINE SYSTEM telah bertukar pengurusan. Kini ianya di bawah pengurusan MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Moga di bawah pengurusan baru ini , syarikat penerbangan no 1 negara ini kembali megah meluncur di udara.

Dan menariknya , aku adalah sebahagian di antara INFLUENCER yang dijemput untuk menyaksikan hari bersejarah ini ! Antara blogger lain yang terlibat ialah Farah Waheda , Evelyn , Pamela dan KY. Pemilihan tepat kerana mereka amatlah ramah dan murah dengan senyuman.

Sempena penjenamaan baru ini , kami diberi mini FAM trip ke Pulau Pinang. Sebelum naik kapal terbang , para penumpang diberi cenderahati yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan !

DSC00579imageimage

Dan berjaya selfie dengan CEO MALAYSIA AIRLINES BERHAD , Mr. Christopher Muller. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang penerbangan seperti Lufthansa , Sabena , Brussels Airlines dan pelancongan. Yer , orang yang sesuai untuk mengurus tadbirkan syarikat penerbangan yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia.

image

Jam 9.30 , MH 1138 dengan menggunakan kapal BOEING 737-800 , penerbangan pertama MALAYSIA AIRLINES BERHAD telah selamat meluncur ke udara dan destinasinya ialah  Pulau Pinang. Menariknya , aku sebahagian darinya ! Bangga !!!

DSC00587image image

50 minit penerbangan terasa sekejap sangat ! Tau tau dah sampai ! Patutlah ramai memilih pengangkutan udara masa kini. Harga pon dah mampu beli punya.. hehehe ..

 

PULAU PINANG

Jam 10.30 , tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Rindu Pulau Pinang. Walaupun kampung aku di sini , aku tak pernah berkesempatan untuk menerokai Pulau Pinang lagi. Ternyata Pulau Pinang kini jauh berubah dan lebih tersusun.

Lokasi pertama.. Jom ke restoran nasi kandar ! Tapi tak la nak makan nasi kandar awal pagi.. Nak cari roti canai !! Huhuh.. Lama tak makan roti canai original punya ! Destinasi , Ayer Itam..

image

Tokey peramah. Kedai bersih dan roti canainya , sedap ! Kuah dia memang terasa laa karinya ..

Aku mintak roti canai telur banjir !

image

Selesai sarapan pagi , pemandu pelancong membawa kami ke destinasi paling popular di Pulau Pinang. Tak lain tak bukan , Bukit Bendera. Kali terakhir aku ke sini , aku berusia 7 tahun. Ingat lagi memori tu.. aku bersama arwah kedua atuk nenek aku.. Huk huk.. terasa kenangan tu sewaktu menjejakkan kaki di Bukit Bendera , semalam.

image imageimage image

Apa yang menariknya Bukit Bendera ni ? Kalau cuaca cantik , pasti akan teruja nak bergambar di sini dan berjalan jalan. Sejuk dan cantik sekali di atas ni..

imageimage image

Terlalu banyak yang menarik atas ni rupanya ! Tak sempat nak jelajah kesemuanya.

imageDSC00643DSC00669

Selesai Bukit Bendera. Turun ke Ayer Itam dan menikmati Asam Laksa ! Asam Laksa di sini cukup terkenal dengan kesedapnnya.

image

Destinasi selepas tu ialah.. Fort Cornwallis .  Queen Victoria Memorial Clock Tower & Esplanade.  Ingat lagi sejarah SPM ? Francis Light ? Haaaa..

DSC00687DSC00690 DSC00692DSC00711

Ada banyak gambar nak letak ni ! Haaa.. Hahahaa.. Tapi sebaiknya , korang jelajah la tempat ni nanti ! Memang best bergambar kat sini.. Masuk sini dikenakan bayaran.. Ok la kan ? Boleh diorang jaga tempat ni , hasil dari tiket tu..

DSC00705

Selesai jelajah kubu penjajah ni , kami dibawa ke Peranakan Mansion & Chinese Jewellery Museum.

DSC00716 DSC00717

Best sangat sini ! Tak puas aku berjalan dan amik gambar dalam ni. Macam macam khazanah ada dan aku suka kesemuanya !

image  image

Antara barangan yang dipamerkan untuk tatapan umum.. Er , masuk kena bayar yer.. Heheheh ..

DSC00758DSC00744DSC00725DSC00760

Siap jelajah ! Tengok jam dah kul 3 lebih. Destinasi seterusnya , Masjid Kapitan Keling. Masjid tertua di Pulau Pinang !

imageimage

Penat berjalan.. Masa untuk Cendol , ABC dan Rojak Buah ! Sila dapatkan di Lebuh Acheh..hehehe ..

image imageimage

Selesai ! Jom Clan Jetties. Kat sini leh membeli barangan cenderahati untuk kenang kenangan..

DSC00762DSC00761DSC00766

Tepat jam 6 petang.. Kami kembali ke Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang cukup menarik dan berharga dari MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Jutaan terima kasih buat MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Kenangan yang tidak akan dilupakan.. 

Selamat maju jaya MALAYSIA AIRLINES BERHAD.

image

You May Also Like

25 comments

  1. okkkk...cepat ok...ha ha ha... kejap baru nak bersusun-susun nih...

    BalasPadam
  2. la...Abg Ben orang Penang gak ker...hahaha

    BalasPadam
  3. pergi pulau pinang xpernah lagi smpai bukit bendera. hadoihai

    BalasPadam
  4. hebat... travel dalam masa 1 hari....

    BalasPadam
  5. Memukauuuuuu! Tahniah Ben & #kelabbloggerbenashaari :)

    BalasPadam
  6. Bestnyaaa..pernah jugak pi ke Penang ni tapi tak jelajah semua tempat..

    BalasPadam
  7. bestnya dapat naik free flight..hihihi

    BalasPadam
  8. moga pentadbiran baru ini sekaligus penjenamaan MAS KE MAB menjadi lebih cemerlang dan terserlah di mata dunia..amin..

    BalasPadam
  9. bestnya...dapat naik first flight MAB, dan tour penang dalam satu hari walaupun tak jelajah penuh 1 penang tu...

    BalasPadam
  10. Tahniah Ben..pernah beberapa kali ke Penang,next time boleh try ke sana dengan MAB pulak..

    BalasPadam
  11. bestnya... tahniah abang ben... next time bawa lisa eh :P

    BalasPadam
  12. wahh. hebat! Tahniah kerana berjaya jadi antara yang pertama dalam perasmian malaysian airline berhad. Bukan semua orang dapat peluang ni kan? Hehehe. Tahniah.

    BalasPadam
  13. Moga MAB akan terus maju Insyaallah

    BalasPadam
  14. wah..bestnye dpt naik kpl terbang baru..kite tak pernah naik kapal terbang pun..hehe..pape pun tahniah ben..

    BalasPadam
  15. Bestnye....btw,Tahniah abenn!!👍

    BalasPadam
  16. wahhh dalam sehari boleh melawat mcam macam tempat. best! Next time boleh laa plan camtu ga, naik MAB for day trip je kan

    BalasPadam
  17. bestnya dalam sehari je dapat melawat banyak tempat camtu. Next time boleh laa plan day trip ke penang naik MAB

    BalasPadam
  18. aku pun tak pernah sampai pulau pinang. nanti kawan turki nak gi Malaysia, boleh bawak pergi penang kot. cantik je tempatnya.

    BalasPadam
  19. bestnyer MAS belanjer jalan-jalan :-)

    BalasPadam
  20. tahniah ben...
    menarik sungguh journey ni..
    Semoga MAS kembali bangkit mewarnai zaman kegemilangannya..

    BalasPadam
  21. Bestnya dapat naik MAS dan pi Penang... Lama tak pergi bukit bendera..

    BalasPadam