Pentingnya guna WAZE ketika perjalanan jauh !
Tiba-tiba WAZE memberi satu amaran mengejut yang membawa maksud kemalangan di hadapan ! Aku yang sedap memecut laju terus memperlahankan kenderaan .. seperlahan yang boleh..
Tak nampak pon kemalangan ? Gelap jer highway ni ! Hurmmm.. 200 meter di hadapan kelihatan seorang anggota trafik memegang lampu kecil melambai lambai . Sah ada kemalangan..
Dan.. sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan yang.. terbalik ! Perghh.. kat tengah tengah jalan lak tu ! Fuhhhh.. apalah nasib penumpang dalam tu ? Nasib baik dah pukul 2 lebih pagi ! Kalau waktu kemuncak tu.. hurmmm…… tak leh bayang camana punya jammed !
Nasib baik la guna WAZE… kalau aku tak guna , aku tak mungkin perlahankan kereta. Anggota polis tu pon tak beberapa nampak sangat.. Lampu dia guna tu macam lampu handphone pon ada .. Agaknya dia baru abis bertugas kot..
Nasihat buat korang yang nak balik ke rumah masing masing … atau nak memulakan perjalanan jauh , sila la gunakan Waze. Setkan destinasi korang dan.. berhati hatilah memandu ..
3 comments
tak dinafikan waze mmg pentig sgt skrg ni.
BalasPadamtak rugi download aritu.
byk kegunaannya.
waze mmg penting.. betul apa kata abg ben.
BalasPadamalways guna..saja nak test power waze
BalasPadam