Naluri ku berkata benar..
Secara tiba-tiba mood aku nak ke Jepun , terpadam dua tiga hari lepas ! Rasa macam… hilang excited ! Kenapa dan mengapa ? Biasanya kalau datang mood gitu , pasti akan ada sesuatu yang akan berlaku..
Antara yang bermain di kepala aku ialah.. aku memandu pulang dari Kelantan pada hari Selasa , seorang diri ! Aku terfikir.. apakah aku patut naik bas atau kapal terbang saja ? Yelah , aku terpaksa hantar anak bini ke Kelantan terlebih dahulu sebelum pergi ke Jepun. Takkan nak biar diorang begitu saja di rumah kan ? Aku tak yakin nak tinggalkan wife dengan anak anak bertiga di rumah apatah lagi dengan kes pecah rumah sering berlaku di area taman perumahan aku tu..
Dan ditambah lagi dengan masalah peribadi yang perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat serta job job tertangguh yang perlu disegerakan dalam masa sehari dua ni ! Perghhh…
Tiba-tiba , petang tadi.. selepas aku menjemput adik ipar aku di Universiti Malaysia Pahang .. aku terima panggilan dari Air Asia X.. memberitahu trip ditangguhkan kerana masalah logistik. Betapa bersyukurnya aku.. Lega sangat sangat ! Ditambah lagi musim di Jepun ketika ni cumalah panas dan sesekali hujan ! Takde lagi bunga.. huhu.. Aku nak g waktu Autumn ! Hehehehe.. Baru syiokkk… kan kan ? Oh , ditangguhkan beberapa minggu ! Ok la.. tak kisah ! Leh cari duit lebih lagi untuk dibawa ke sana nanti.. kan kan ?
Tapi.. satu lagi masalah aku muncul ! Aku balik ke Kelantan ni , sehelai sepinggang ! Tak de la pulak bawak balik baju raya , pakaian lain untuk dipakai pada hari hari mendatang ! Adehhhh..
Nak tak nak… esok shopping di KB Mall ! Weeeeeee !!
Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Perancang ! Tak perlu nak pertikaikan. Ada laaa tuuuu .. kan kan ?
10 comments
Alhamdulilah, instinct boleh beri satu petanda apa akan berlaku tu lagi bagus dari ikut the flow je ben...Allah sebaik2 perancang, tahniah ben!
BalasPadamSelamat hari raya haji.
Alhamdulilah. rezeki abang ben tu..syukur...
BalasPadamtangan nak capai kopi tu.. kihkih. dok terfikir gak, mesti aben balik sehelai sepinggang je. xpe. klate ada h&m x? hikhik
BalasPadamPasti setiap yang berlaku ada yang terbaik untuk hamba- NYA. :)
BalasPadambestnya
BalasPadamAda hikmah kan abg ben... hee.. hal baju kecik je tu.. have a nice holiday with family :)
BalasPadamnak suruh raya dulu ler tu...
BalasPadambetul..perancangan Allah terbaik..alhamdulillah.
BalasPadamAda hikmah disebalik semua ini. Saya tak balik kelantan raya ni. Cuti sekejap. Balik kampung isteri aje.
BalasPadamJadik!!!! Yergh!!! Ramai leh kirim FM
BalasPadam