Selamat Menyambut AidilAdha..
Banner yang dibuat oleh Syed Mohd Alwi.. salah seorang dari rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang sangat berbakat besar ! Dikesan dan mempelawanya join Kelab Blogger Ben Ashaari.
Seorang demi seorang aku pelawa dan ada juga yang sukarela atau berminat nak join Kelab Blogger Ben Ashaari. Dari beberapa orang blogger , kini ada hampir 200 blogger..
Pada awal kewujudan Kelab Blogger Ben Ashaari ni , ramai tak pandang pon. Anggap ianya cuma kelab di dunia maya. Tapi tidak bagi aku. Aku punya perancangan tersendiri pada kelab ini. Aku yakin ianya akan berjaya tetapi.. tetapi aku tak boleh mengendalikan seorang diri ! Aku perlukan team ! Aku perlukan blogger yang benar benar berminat untuk menjayakan kelab komuniti ini !
Selepas beberapa aktiviti melibatkan kumpulan blogger yang besar , ramai mula buka mata. Tak kurang juga yang mula mengkritik.. Ada yang mengatakan aku menggunakan blogger dan ada juga yang mula banned atau senaraikhitamkan aku dari aktiviti blogger yang lain.
Aku redha. Aku anggap itu pengorbanan aku dalam dunia blog. Aku tak mampu beri duit pada blogger.. tak mampu beri pendapatan tapi aku hanya mampu buat apa yang aku buat iaitu wujudkan komuniti blogger tanpa ada standard khusus. Takde otai , takde seniour atau takde junior. Semua sama level. Tak kira la apa pun pekerjaan mereka , mereka sama jer termasuk aku !
Terus terang , risiko aku mewujudkan komuniti begini memang besar! Aku mungkin kehilangan job job besar terutama bila ada yang mula mencucuk jarum memburukkan aku.. aku tak kisah ! Aku redha.. Aku percaya pada rezeki Allah.
Mengendalikan blogger yang ramai bukan mudah. Macam macam perangai di depan dan juga di belakang. Ada kalanya aku terasa menyesal juga tetapi sokongan rakan rakan blogger membuatkan aku terus melangkah..
Bukan mudah… stress tu biasa dah ! Namun aku tetap berpegang teguh dengan keazaman aku.. Alang alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan ! Aku tahu , wujudnya haters tu tandanya usaha aku semakin berjaya. Mereka akan tetap berusaha untuk menghancurkan apa yang aku bina selama ini. Yer , bukan bangsa luar pun. Bangsa aku sendiri ! Dengki khianat .. perkara biasa ! Sebab tu melayu susah nak bersatu dan maju dalam perniagaan ! Hakikat , kan ? Dapat BRIM pon ada yang akan persoalkan ! Nasib baik aku tak dapat .. Hahahaha ..
Apa pun.. Inilah pengorbanan aku dalam dunia blog. Sekurangnya aku dah berjaya membuatkan ramai blogger tersenyum riang .. Alhamdulillah..
Sekurang-kurangnya aku berjaya mewujudkan keluarga blogger dan pastinya mereka akan mengenang saat itu hingga akhir hayat ! Mereka yang memanjang cari salah aku , satu je aku nak tanya..
APA SUMBANGAN KORANG DALAM DUNIA BLOG ?
Terima kasih #KELABBLOGGERBENASHAARI !
8 comments
Ibaratnya menjadi ayah,abang,guru..dalam satu masa bukan mudah..menjadi perintis satu tugas besar yang perlu digalas sebaiknya..luruskan niat..terus semai matlamat..in sya Allah KBBA terus mara..banyak dugaan itu tandanya mereka peduli..tolak tepi tapi berhati hati..salam aidiladha abg ben sekeluarga.
BalasPadamsalam aidiladha Bro... InshaaAllah pengorbanan itu akan mendatangkan hasil.. :D
BalasPadammantap bro ben
BalasPadamyg penting kita tak kacau org
bangga menjadi sebahagian dari family #kelabblogBenAshaari..terima kasih Ben..semoga Ben sentiasa di murahkan rezeki..
BalasPadamteringin jugak nak join group KBBA ni, tapi most of the time event byk dekat area KL/Putrajaya/Selangor...adehh... menjeleskan diri jelah tguk kwn2 blogger lain dpt join..haha
BalasPadamSelamat Hari Raya AidilAdha bro! KBBA terbaik..
BalasPadamSalam idul adha a.ben
BalasPadamwat lek wat peace sudaaaa
BalasPadam