Jerebu : Akhinya , sekolah ditutup !

by - September 15, 2015

 

Dah macam musim pulak..Rasanya tahun lepas pon gitu gak kan ? Masuk penghujung tahun , jerebu mai. Dikatakan jerebu ni berpunca dari pembakaran hutan di negara jiran.

Kesanya ? Bangunan pencakar langit di ibu kota mahupun di Putrajaya hilang ditelan dek ‘kabus’ berhabuk ! Huhhuuu… Nak tarik nafas dalam dalam pon tak berani ! Hurmm.. Belum part mata pedih berair lagi ! Haihh..

Dan esok…

image

“ KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi bacaan 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri di Semenanjung disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam twit terbarunya pada Isnin. “.

Seronok tapi tak seronok jugak.. Tak pergi sekolah tapi boleh bermain kat luar rumah ! Kena perap dalam rumah.. Boring ! Takkan nak layan gadget memanjang kan ? Hurmm.. Takde rezeki. Tak kisahlah. Yang penting jaga kesihatan.

Dan aku .. rindukan matahari terbit.. Setiap pagi kalau aku ke Cheras dari Sepang , aku suka memerhati matahari ‘menampakkan’ cahayanya. Terlalu indah. Tapi sayangnya ada yang tak reti nak hargai.. Dan sekarang .. tengok lah ! Allah dah tarik nikmat ! Apakah kita berpeluang melihat lagi matahari ???

You May Also Like

3 comments