Dah boleh bersara ! - BEN ASHAARI

Dah boleh bersara !

 

“ Daddy.. nak kejee.. “.

Tak jelas pada awalnya. Bibirnya dijuihkan ke arah laptop. Puas la dok pikir apa dia nak sebenarnya.. Hurmmm.. Akhirnya aku dapat  tangkap..

“ Qhaliff nak buat work ke ? Qhaliff buat work , daddy tengok bola eh ? Ok ? “

“Ooo.. Ok ! “ . Terus dia amik kedudukan aku dan aku cari remote Astro dan tukar chanel…

image

“ Haishhh.. bersungguh budak ni menaip ! “ .

Sambil dia menaip , dia bercakap dengan aku.. Seolah olah ajak berbual ! Amboiiii.. tiru gaya daddy sungguh ni..

Sesekali aku menjeling apa dia buat ! Dan keluarlah macam macam tetingkap kecil di skrin yang mana selama aku guna komputer , tak pernah nampak langsung tetingkap tu ! Sebelum laptop aku jadi pelik , aku mengalah..

“ Nahhh.. amik handphone daddy ni.. G baring sana.. Daddy nak buat work.. “ .

Terus dia capai dan baring di bawah.. Dan dia berjaya mengumpan aku untuk menyerahkan handset aku..

Hurmm.. Nasib baik la daddy nak g Jepun minggu depan.. nak tinggal lama.. hurm..

1 ulasan:

  1. Hehehe...umpan mengena..abang ben..sesekali nak juga tengok hasil nukilan qhaliff..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.