Pentingnya KERJASAMA !
Sejak dari sekolah lagi aku mementingkan KERJASAMA ! Menjadi ketua pasukan bolasepak sekolah , aku terapkan kerjasama sepasukan. Takde ‘star’ dalam team ! Kalau ada , memang aku mintak coach letak dalam bangku simpanan ! Bergerak sepasukan.. menang sepasukan , kalah pon sepasukan !
Dan sekarang.. aku dan blogger-blogger di Kelab Blogger Ben Ashaari.. Jika ingin melihat kelab ni pergi lebih jauh serta menghasilkan blogger blogger yang berdisiplin dan inshaAllah , berkualiti .. perlu ada KERJASAMA !
Alhamdulillah.. tahun ni dah banyak projek diuruskan sendiri oleh rakan blogger ! Dan banyak lagi akan datang..
Terus terang.. aku bangga dengan pencapaian Kelab Blogger Ben Ashaari ! Walaupun banyak kekurangan tapi dengan kerjasama sepasukan serta dari penaja kelab , Cosmoderm .. inshaAllah , kami berusaha untuk pergi lebih jauh lagi. Bukan untuk mengejar kekayaan tetapi membuktikan kami , blogger bukanlah sekadar menulis cerita gossip atau membuat fitnah di laman sosial ! Kami juga terlibat dengan kerja kerja amal serta membantu masyarakat. Itulah kami , blogger yang sering dipandang rendah oleh ‘mereka’ yang tak tau apa apa mengenai blogger !
Alhamdulillah.. semakin hari semakin banyak terima tawaran dan ini adalah pengalaman berharga buat semua blogger di dalam kelab ini ! KERJASAMA membuktikan kejayaan dikecapi lebih manis dan dikenang hingga akhir hayat !
6 comments
alhamdulillah, moga KBBA terus maju dan mampu mengubah persepsi masyarakat yg mana blogger ni byk buat gosip je, cerita tanpa asal usul. Kipidap, dongibab... #FollowerSejakZamanDegree sampai jd Lect skrg..hehe
BalasPadamTahniah KBBA! Dan terima kasih Ben kerana jadi 'abang long' yang menyatukan kami semua :-)
BalasPadambestnya klu dpt join aktvt KBBA d sana... apapun selamat maju jaya buat KBBA!!!
BalasPadambetul sekali, kerjasama sangatlah penting
BalasPadamAlhamdulillah tahniah.moga terus mara..
BalasPadamtu la..semalam masa dlm bas..dekat ipoh...dah nampak kabus jer..
BalasPadam