Bila daddy keluar meeting !

by - September 16, 2015

 

“ Duk ngan ibu tau.. Daddy nak g work..”

“ Okayyy..” Jawab Qhaliff.

Hurmm… Kalau boleh , aku nak je bawak diorang ni g mana mana tapi kalau bawak , aku pulak tak boleh buat kerja… Belum masanya lagi ! Bukan tak pernah pon.. pernah.. Tapi budak kan.. paham paham je la.. Sekejap je diorang jadi boring. Hurmm..

Sampai lokasi.. Sejam kemudian wife antar mesej melalui Whatsapp.

image

Menurut wife.. Dia ajak Qhaliff tidur tapi jawab Qhaliff.. tunggu daddy balik ! Ini bukan kali pertama dia tunggu aku balik.. banyak kali dah ! Hurm.. sian dia .

Dan bila aku sampai rumah jam 12.30 tengah malam… rupanya semua tak tidur lagi ! Tunggu daddy balik. Nak tak nak , daddy kena bawak keluar makan semua sekali !

imageimage

Sampai kedai ! Order makan.. Tapi tak nak makan ! Daddy kena makan ! Macam mana laa aku tak boroi ! Huhuhuh..

Selesai makan. Jom balik . Plan nak update blog tapi.. gagal !

image

Aku kena join sama baring sebelah diorang  ( Qhaliff + Zahra ) , baru diorang tidur !  Aku pun berpura pura tidur laaa… dan diorang pun tidur. Aku pun bangun . Tengok jam. Dah kul 600 pagi! Pura pura tidur la sangat ! Huhhhh…

Jap lagi ada food review.. Nampak gayanya kena bawak Qhaliff seorang. Huhu..

Camana aku nak tinggalkan diorang 5 hari nanti ? Confirm teriak aku !

You May Also Like

4 comments

  1. Allahu..sangat akrab anak anak kan dengan abg ben..seronok rasanya..syukur..

    BalasPadam
  2. comelnya peragai anak2 abg ben..ikatan anak dengan daddy kuat..

    BalasPadam
  3. Alahai comelnya perangai qhaliff ngn zahra.. :) sayang daddy la katakan...

    BalasPadam