Tarikan tersendiri di HUI LAU SHAN !
Tercari-cari kat mana nak dapatkan makanan yang sihat , lazat dan takde perisa atau pewarna tambahan dan HALAL ? Kebetuan juga anda seorang yang gemarkan buah mangga yang segar lagi manis ? Hehehee.. Aku rasa aku ada idea untuk korang !
HUI LAU SHAN ! Pernah dengar ? Aku dah dengar banyak kali tapi belum berpeluang untuk menikmati hidangan yang disediakan di sana. Hanya mampu tengok dari jauh. Bukan sebab takde duit tapi tak berkesempatan lagi.
Dan semalam , segalanya berubah ! Buat pertama kalinya aku merasai keenakkan makanan di situ dan ternyata , ternyata ianya.. !! Fuhhh…
Ok.. sebelum aku teruskan , ada yang bertanyakan HALAL ke ? Soalan feveret ni !
Sijil HALAL mereka diperakui oleh JAKIM.
Apa yg menarik di HUI LAU SHAN ni ? Haaaa ! Seperti yang korang nampak , hampir 100% tarikan di sini ialah makanan serta minuman berkhasiat ! Kebanyakkannya berasakan buah mangga yang terpilih dan hanya yang buah mangga terpilih saja boleh berada di premis ini ! Segar , manis dan berkualiti !
Aku dah cuba beberapa hidangan berasaskan mangga dan.. dan.. hehehee.. Mula mula aku dihidangkan Mango Feast.
Harga , murah kan ? Tapi rasanya ? Wowww !! Kalau korang ke sini , pastikan rasa Mango Feast ni !
Kemudian aku cuba lagi menu yang ada di situ..Mango Icy Combo !
Harga ? Amacam ? Mampu beli kan ??? Haaa…
Dan ada banyak lagi pilihan di sini !! Termasuk buah-buahan yang lain.. Menarik dan pasti menyelerakan tekak korang !
Ada kawan tanya aku.. Aku pun tertanya gak.. Apakah kat Hui Lau Shan cuma ada dessert gini jer ? Dan jawapannya , TIDAK !
Aku sendiri dah mencubanya.. SEDAP !!
Amacam ? Teringin ? Terus terang , selepas ni meman HUI LAU SHAN menjadi tempat lepak aku sekeluarga untuk hilangkan penat jika aku berada di IOI MALL PUTRAJAYA ! Selesa , santai dan mempunyai view yang menarik !
Jika korang ada pertanyaan , boleh ke Facebook HUILAUSHANMALAYSIA atau ke Instagram di huilaushanmalaysia atau ke laman web , www.hkhls.com .
Gi la cuba kalau tak caya ! Kalau sedap , bagitau aku dan rakan rakan lain ! Heheheh.. Kalau tak sedap , boleh bagitau manager bertugas kat situ ! Mereka amat menitik beratkan komen pelanggan mereka.
17 comments
ok lahh . nanti boleh cubaaaa .. itu pun kalau lepaksss ioi city mall ......
BalasPadamkalau singgah IOI Mall Putrajaya nanti, pasti akan bawa family datang makan sini. Nampak sedappppp sangat!
BalasPadamNampak menyelerakan..
BalasPadamBESTNYAAAAAAAAAA
BalasPadamwah ..menarik nie ben,boleh cuba nanti..
BalasPadamTeringinnn mohon lnaje sayaa
BalasPadamTempting sungguh...kalau lalu depan kedai ni dengar plak nama x sangka ia sebuah restoren halal rupanya...hoyeehh leh cuba ni
BalasPadamWow....ada tarikan tersediri...nampak best je...kena try ni
BalasPadamwow!
BalasPadampernah nampak tp tengok sekali imbas je...next kalau pi lagi IOI Mall sure nak singgah dan rasa...
BalasPadamtq for sharing yg kedai ni halal.. next time boleh cuba!
BalasPadamboleh cuba ni abg ben..tengok fresh je tu..wah..harga mampu..
BalasPadamThanks belanja gambar!!! Kena pergi ni!!!
BalasPadamsedapnyerrrr..
BalasPadamnampak sedap & menyelerakan. Kalau berkesempatan, mmg cfm singgah
BalasPadamehhh harga ok lah, selama ni ingatkan mahal. Mango feast tu menggoda betul. nak pi lah nanti
BalasPadamsemua branch mereka ade halal ke?
BalasPadam