Antara duit dan pengalaman ?
Aku ditawarkan satu job . Aku akan diberi satu barang elektrik yang aku nak lama dah dan juga bayaran sebanyak RM7K ! Aku terima.. dan menunggu masa untuk pergi event seperti mana yang dberitahu.
Dan dua hari kemudian , aku terima satu email dari Air Asia X ! Yer .. pelawaan melancong ke Osaka , Jepun dan segalanya ditaja penuh melainkan shopping ! Giler ahhhhhh ! Macam mimpi di siang hari !
Tetapi aku terlupa yang tarikh event barangan elektrik tu dan tarikh ke Jepun adalah selang sehari jer ! Bermakna sepatutnya aku tak boleh terima andai aku nak dapat RM7K tu ! Dan semalam aku tersedar mengenainya.. Adoiyaiiii…
Camana ni ?? Aku nak amik mana satu ?? Jepun atau RM7K ? Kalau tanya wife aku , aku tau dah apa jawapannya tetapi dia bagi aku peluang sebab dia tau aku teringin sangat nak ke Jepun dari dulu lagi !
Walaupun ada yang kata dengan RM7K tu aku boleh bawak satu keluarga ke Jepun tapi ianya berbeza dengan aku ke Jepun di bawah tajaan Air Asia. Seperti korang ke Jepun sambung belajar di bawah tajaan MARA atau sendiri bayar ! Mana best ? Haaaa…
Satu lagi.. sebagai seorang blogger , adalah satu impian untuk melancong ke negara orang dengan tajaan syarikat terkenal.. Bukan tak mampu tapi satu kebanggaan ! Seperti aku ke Korea di bawah tajaan Samsung dan Paris serta Toulouse dibawah tajaan Air Asia X.. Kali ni ke Osaka , Jepun di bawah tajaan Air Asia. Ianya akan mencantikkan lagi profile aku sebagai blogger !! Bila profile cantik , automatik harga ‘ Ben Ashaari’ akan bertambah lagi !
InshaAllah .. satu hari nanti aku akan melancong bersama anak anak serta wife bila mereka dah bersedia. Buat masa sekarang , tak guna ke sana sini lagi.. Mereka belum reti menghargai atau menikmati keindahan sesebuah tempat.. Macam g Sunway Lagoon baru baru ni .. tak sampai 5 minit masuk kolam air , terus meraung.. Kan dah spoil mood .. Terus balik.
Kesimpulan.. bila berjawatan BLOGGER , kena paham mana satu yang patut dikejar dan mana satu patut dikorbankan ! Mengorbankan sesuatu tu adalah untuk memastikan masa depan yang lebih terancang dan lebih menyakinkan !
Amik contoh.. satu tika dulu , aku keluarkan sedikit modal membeli telefon pintar ! Ada orang tak paham mengatakan aku membazir membeli telefon pintar yang mahal mahal ! Tujuan aku adalah satu.. Aku nak tarik perhatian syarikat gergasi seperti Samsung , Sony dan sebagainya ! Dan , aku berjaya melakukannya !
Untuk jadi blogger , kena ada strategi dan perlu tau apa yang patut kena tau !
Impian aku sewaktu pertama kali bergelar blogger.. segalanya dah tercapai sekarang ! Alhamdulillah ! Bila kita tau apa yang kita inginkan , maka kita patut tahu bagaimana nak mendapatkannya !
Bukan segalanya mengenai duit tetapi ianya akan memastikan segalanya memberikan pulangan yang lebih lumayan termasuk duit !
15 comments
Salah satu cara untuk mencipta nama dan mengukuhkan 'brand' terima pelbagai sponsor dari pelbagai pihak.. build up personal image.
BalasPadamGood Luck abg Ben....
BalasPadamSetiap kejayaan perlu ada pegorbanan....
tahniah beben.. tunggu anak besar sikit, boleh la bawak dorang lak. Jangan lupa hantar dulu k.zila blk raya haji..hahahahaa
BalasPadamtahniah SIFU!
BalasPadamAlhamdulilah. Dapat 1 ilmu harini dekat blog abang ben. Alhamdulilah. Dah nampak macamana jalannya dalam dunia blogger ni. Hehehehe
BalasPadamTahniah abg ben....aku kagum ngan kau.....boleh jd idola ni
BalasPadamTahniah Ben, kalau job yang baru ni..ikut gerak hati..apa yang you impikan ikut yang tu...tapi kalau i kat tempat u pun memang pening nak buat keputusan
BalasPadampilihan terbaik ben, have fun in japan!
BalasPadam1st time komen, pilih pengalaman
BalasPadamMelalui pengalaman kita boleh kembangkan input..dari input menjana pula pendapatan..in sya Allah..
BalasPadamTahniah abang ben..kagum dengan cara kerja abg ben
BalasPadamada betulnya bro amik trip ke japan tue.
BalasPadambukan snang nak dapat trip secara percuma.
pergi ke japan plak tu.
RM7k belum tntu cukup nak bawak family.
keputusan yang betul
BalasPadamSaya pilih pengalaman. Bak kata pujangga omputeh ni:-
BalasPadam"Travel while you're young and able. Don't worry about the money, just make it work. Experience is far more valuable than money will ever be"
Dan saya suka travel. Lagi-2 kalau ditaja. Heheheh ^_^
Dua2 tawaran tu best.. mmg susah nk wt keputusan.. skurang2nya abg ben ada points yg kukuh utk memilih ke jepun..
BalasPadam