Rekod tercipta di Sunway Lagoon !

 

Plan nak gi sana pagi.. Sekurangnya nak lepak kat situ dalam 4-5 jam ! Tapi terpaksa dibatalkan sebab ada hal penting lak pagi tu. Ditunda hingga selepas solat Zuhur..

Tiba masa..Pasang waze… Perjalanan amik masa dalam 40 minit dari Sepang. Terpaksa singgah ke Cheras terlebih dahulu untuk amik tiket. Terima kasih Farah Wahida sebab belanja tiket untuk kitorang. Kalau nak bayar sendiri , rasanya…. lom tiba masanya lagi ! Hehehhee.. Ni pergi pon nak test budak budak ni dulu..

Sampai je Sunway , terus parking kat hotelnya.. Kemudian naik ke atas.. Dan terpampang satu permandangan menarik ! Apakah Qhaliff teruja melihatnya ?

image

Qhaliff teruja ?? Yer.. dia teruja ! Dia siap ajak balik rumah masa tu gak ! Tak nak turun.. Adehh.. Mula nak meraung dah dia.. Aku paksa gak dia.. Maka turunlah semua ke taman tema air.. Memang sasaran ke situ walaupun dapat tiket untuk all park.. Huhuh..

Dan akhirnya berjaya jugak masuk ke dalam taman tema air Sunway ni.. Tercapai hajat nak bawak anak anak lepak sini sebelum cuti sekolah berakhir..eheheh.. Tak ramai pengunjung. Ramai pelancongan dari luar negara dan juga pekerja dari luar negara di dalam Sunway hari ni.. hehehe .. Tetiba rasa macam kat Paris aku.. hahaha ..

Berbekalkan GoPro , aku dan Zahra masuk ke dalam kolam… Hehehe… Teruja Zahra… berbeza dengan abangnya ! Meraung tak nak masuk.. Huhhh.. Walhal masa kecik kecik dulu , dia la Hero ! Sekarang , GoPro aku tu la Hero !

image

image

Mandi tak sampai 15 minit pon. Zahra dah ‘ajak’ naik atas.. Lor ! Aku pun malas nak bicara apa dah.. Terus ajak wife ke bilik persalinan. Tukar baju dan jalan jalan dalam park..

Destinasi , ke taman permainan dan taman haiwan liar..

Dan baru sesampainya di taman permainan , dia pon mula wat hal ! Adeh.. Takut tengok permainan kat situ.. Qhaliff ni tak leh dengar sangat bunyi bising.. Dia jadi takut gitu.. Hurmm..

imageimage

Disebabkan itu , terus ke taman haiwan liar.. Jom tengok singa , harimau , landak , ular , beruang dan macam macam lagi binatang kat sini.. Terurus jugak la taman kat sini…

Aku tau apa yang mampu buat dia lebih teruja ! Kolam ikan..

image imageimage

Kat sini jer lebih 15 minit ! Huhuh.. Pastu baru la dapat berjalan jalan dalam ni ..

image imageimageimage

Best sebenarnya duduk dalam ni.. Ada macam macam leh explore ! Tapi sayangnya , Qhaliff belum pandai menyesuaikan diri lagi.. Huhuh.. Kena gi sekolah dah ni..

Asyik menyorok belakang aku jer haa.

image

Tak sampai 2 jam dalam Sunway Lagoon… Qhaliff dah ajak keluar dari situ ! Dan kitorang akan kembali , tak lama lagi !

4 ulasan:

  1. Kelakar lah Qhaliff ni heheh apa2 pun bagus ben terapkan nilai2 berani pada si anak, Qhaliff perlukan masa, nanti sampai satu masa ben juga akan terkejut lihat keberanian Qhaliff tonjolkan nanti...zahra, 15 min je mandi? Okeylah kan nama pun test heheh

    Cantik gambar ben ambil, puas hati tgk

    BalasPadam
  2. ayah yg over excited sini kan... haha

    BalasPadam
  3. 15 minit je Zahra.. eeemm.. dia takde kawan kot.. bosan agaknya..

    BalasPadam
  4. lamanya dah tak pi sunway lagoon.. skrg dah mcm² tarikan kat sana..

    diaorg blm biasa kot.. kalau anak saya sampai tutup theme park baru nak stop.. hahahaa

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009