Ada kawan tanya…
“ Ko keje apa skang ? “
“ Aku duduk rumah jer.. Jaga anak sambil layan blog.. “
“ Huih.. boleh hidup ke dengan blog ? “
Rezeki dari blog.. ini cuma sebahagian.. Tv LG tu aku menang dari satu contest , tahun lepas .. Manakala set home teater tu sponsor dari Pioneer. Kemudian tv kabinet tu pon sponsor dari sebuah syarikat..
Dan hari ni , alhamdulillah.. Rezeki lagi ! Terima kasih rakan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga rakan rakan di Facebook.. Tidak lupa juga pada LG Electronics dan juga GushCloud…
Tengah pk nak buat apa ngan tv ni.. Nak jual , sayang.. Nak pasang ..hurm… ada jugak tak buat kerja ! Mengadap tv jer memanjang …
Belum part part lain kan ? Cam baru dapat tawaran jadi duta untuk jam tangan .. travel ke luar negara.. sponsor pakaian untuk anak anak dan macam macam lagi !
Rezeki.. hasil dari kerja keras selama bertahun tahun.. Di kala orang tidur , aku sibuk update blog ! Di kala orang makan , aku sibuk update blog terlebih dahulu.. Dan ianya berbaloi sama sekali !
Kena tahu arah tujuan … usahakan tanpa rasa jemu.. Dan banyakkan berdoa agar apa yg dicita , menjadi kenyataan..