Ok.. Kul 1 pagi ! Masa untuk online sampai pengsan ! Pada waktu begini , mereka yang gunakan Celcom Prepaid berplankan Burung Hantu memang akan senyum simpul la ! Masa untuk layan movie online atau buat kerja !
Aku ? Pastinya masa ni la baru nak update blog. Kebetulan masa ni jugak anak anak dah tidur atau kalau yang berjaga pon , cumalah Qhaliff.. dan biasanya dia akan turut sama online..
Satu tika dulu , aku abiskan 5GB dalam masa 2-3 hari jer ! Hari hari aku kena guna ‘kongsi internet’ dengan Qhaliff dan ini sangatlah membebankan !
Tapi bila dah ada ‘ Burung Hantu’ ni , lega giler aku ! Banyak save dah ! Alhamdulillah..
Dan menariknya.. bila ‘Burung Hantu’ diaktifkan , aku leh kongsi internet sehingga ke 4 gadget sekali gus ! TV , laptop , tab dan telefon pintar.. Ok la kan ?
Lega banyak bila ada plan gini. Sebelah siangnya , aku boleh berjimat. Guna untuk yang penting penting jer.
Cuma yang tak bestnya , bila dah tiap tiap malam berjaga.. hehehe.. jawabnya tak cukup tidur la sebelah siangnya kan ? Maka , sila pandai pandai la bahagikan masa dengan betul..