Sebelum baca.. Sila undi BEN ASHAARI dulu di SINI ! UNDIAN korang amat diperlukan !!
Percubaan ke dua ! Percubaan pertama , seperti mana korang tau.. gagal ! Kali ni , aku umpan dengan sepupu sepupu dia ! Apakah berjaya ?? Mereka pon lama dah nak tengok.. belum berkesempatan. Maka aku amik peluang ni untuk bawak Zahra sekali..
Ammar , Qhaliff , Eca dan Zahra.. Zahra paling muda… Hahahaha.. Adehh.. Apakah yang berlaku di dalam panggung nanti ? Huhuhuh.. Aku umpan lagi dengan pop corn serta air mineral ! Hahahaha ..
Masing masing menunjukkan reaksi yang positif ! Tak sabar nak masuk dalam panggung gituuu .. hahahaha .. Aku pun turut sama tak sabar ! Sebab diorang kata best Boboi Boy ni ! Haa.. Aku nak tengok gak kelainan dengan sebelum ni dan juga filem Batman V Superman.. Apakah aku akan tidur juga ??
Dan filem pun dimainkan..
Masing masing menumpukan perhatian ! Yesss ! Yesss ! Aku pun mula layan dan ketawa sesekali ! Ternyata dialog dia sungguh kena dengan jiwa aku.. hahahah …
Tapi kemanisan yang aku kecapi hanya seketika saja ! Di saat kemuncak cerita , aku terpaksa keluar dari panggung !
Zahra mula bergerak sana sini.. Abis semua orang dia kacau ! Nak tak nak , aku dukung dia dan bawak jenjalan ..Sesekali aku masuk balik dalam panggung untuk tengok kemuncak .. camana si Boboi boleh jadi kuasa 7 ! Sayangnya hampa ! Aku usung Zahra masuk dalam kereta dan lepak dalam tu jer ! Uhuk… frust gue ! Hahahaha…
Dan tak lama kemudian.. Wife dan Qhaliff datang.. Aku tanya camana cerita ?
“ Tah.. tertidur ! Qhaliff kata .. OHSEM ! Besttt ! “ .
Huhhhhh…. Lusa aku g tengok sorang je laaa .. Tak leh jadi niiii !