Layak ke Top 5 #APO2016 ! - BEN ASHAARI

Layak ke Top 5 #APO2016 !

 

image

Tak sangka sama sekali aku .. Maklumlah , blogger-blogger yang tercalon masa peringkat awal tu dasat dasat gak ! Aku tak menaruh keyakinan sama sekali tapi aku tahu , aku boleh lakukan kerana aku punya sesuatu yang memang aku ada dari dulu ! Haaa..

image

Rasa cam… tak percaya gak sebab aku dah lama tinggalkan bidang undi mengundi ni sejak kecewa dengan beberapa anugerah yang melibatkan aku.. hehehe.. Aku tak suka kalah sebenarnya ! Hahahaa.. satu sikap buruk aku yang perlu aku perbaiki..

Selain aku , seorang lagi rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari juga turut layak ke Top 5 ! Ini satu kebanggaan buat rakan rakan dan juga aku.. Membuktikan yang Kelab Blogger Ben Ashaari mampu lahirkan blogger yang berwibawa..

image

Kisah Emas Putih.. Atau nama manisnya , Siti Aminah.. Eh , Uzu.. hehehe.. Seorang blogger yang aku nampak dari awal lagi mampu pergi jauh. Hanya perlu digilap saja.. Heee..

Apa harapan aku pada APO 2016 ?

Tentulah aku nak pegang anugerah buat julung kalinya dipertandingkan ni.. Tahun depan , tak cadang nak join dah ! Hahahaha..  Oh ya.. aku bukan kejar glamer yer.. Aku punya projek jangka panjang sekarang ni dan anugerah ini salah satu jambatan untuk capai cita cita aku.. InshaAllah.

image

Terima kasih pada yang sudi undi benashaari.com dan berharap korang akan terus memberi kepercayaan dan semangat untuk aku terus berjuang serta menabur bakti dalam dunia maya ni.. Hehehe..

Aku akan berjuang sampai ke hujung bulan.. hehhe.. Support ehhh !

7 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.