Syoknya kalau ada bathtub !

by - Ahad, April 10, 2016

 

Hari ni workout di petang hari. Selepas tu , g panjat bukit.. Minggu ni ada satu lari larian.. SuperHeroes di Matic ! Nak join ? Jom laaa.. Masih boleh join ! Hehehehe.. Saja , bakar lemak di kala orang sedang membuta lagi.. kan kan ?

Ok… Pastu balik umah.. Cuaca masih terasa teriknya ! Masuk je rumah , aku disambut anak anak. Ceria diorang . Macam setahun aku gi berperang !

Dan kedua duanya , dah siap mandi.. Ahaaa.. Aku plak nak berendam la kalau gini ! Hehehehe… lama tak berendam wooo ! Aku nak rehat lak… dalam bilik air kali ni ! Dan pintu bilik air , diketuk.. dua dua nak join sama ! No waayyyy !

image

Fuhh..real tidur tuu ! Dah tu, sapa amik gambar ????

image

Ahaaa.. ni baru real ! Hahaahha…. Lega siut dalam berendam walaupun , tak muat !!

Apa nak buat.. bukan ada orang nak sposor bathtub.. kan kan ? Tadi gi tengok kat IOI Mall Putrajaya.. Harga dalam RM2K+ gituu.. tu baru yang biasa jer ! Yang gempak dan luar biasa…

image

Yang macam ni di bawah ni !

image

Wife pandang..

Nak pasang kat mana ?

Eh , bilik kita la.. kita renovate bilik kita.. kita tidur je kat ruang tamu.. Janji ada menda ni ! Haaaaa.. “

Wife tolak troli pergi meninggalkan aku.. Malas layan kerja giler aku ! Pantang ada duit skit .. nak beli itu ini.. Baru skit je ada duit ! Huhhh…

Kalau ada yang nak sponsor , sila bagitau yer.. Hahahaha…

You May Also Like

5 comments

  1. amboi dapat berendam dalam baldi pun senyum kemain lagi. kalau bathtub? hehehe

    BalasPadam
  2. Leganya laa bila dapat berendam...

    BalasPadam
  3. hahahha..kan dah kena tinggal dgn wife...Musim panas gini kalau dapat tidur dlm bath tub..memang AWEOME!!

    BalasPadam
  4. hahaha.. keje mandi je la pastu. tdo pun dlm tu. hehehe

    BalasPadam
  5. Musim panas yang suhunya ada ketika hampir 40 darjah, berendam antara cara mengekalkan suhu badan stabil. Harga Bathtub agak pecah poket, nasib baik anak-anak boleh berendam dalam bekas air je.

    BalasPadam