Apakah nasib mereka , pelakon veteran ?

by - Sabtu, April 09, 2016

 

Mr. Os pergi meninggalkan kita. Hilang lagi seorang permata yang sering membuatkan aku tersenyum dikala aku dalam keadaan duka. Tengok muka arwah di kaca tv , aku senyum dah.. Ingat lagi filem filem komedi arwah yang seronok ditonton.. 

Teringat pasangannya , Salleh Yakob… sekarang jadi penyampai radio di Sinar.Fm .. Setiap kali dengar suara dia setelah bertukar pasangan, aku jadi kesian. Dia seolah olah memaksa dirinya. Aku tak nampak dirinya yang sebenar di situ. Hurm.. dengan keadaan ekonomi sekarang.. keluarga yang besar.. tiada tawaran berlakon lagi.. aku rasa dia bernasib baik dapat jadi penyampai radio.

Kemudian terbaca seorang lagi pelakon veteran yang lakonannya cukup mantap… kerjanya sekarang menjual pisang goreng ! Aduhhhh…. kesiannya ! Dimana pembelaan untuk mereka ? Takkan takde job dah untuk mereka ? Takkan sekarang nak pacak muka cun seksi dan kacak tapi lakonan kayu ! Oh ,ikut permintaan pasaran di negara kita.. hurmmm..

image

Pelakon Veteran , Roslan Salleh Jual Pisang Goreng Tampung Hidup – Perak Today

Banyak lagi pelakon pelakon veteran yang kita kenali ..hidupnya melarat dan terbiar.. Sedih mengenangkan nasi mereka..

Bila melihat mereka , aku terbayang diri aku satu hari nanti. Aku yang sekarang ini orang kenali.. bila sampai satu tahap , aku dalam kesusahan.. apakah mereka akan membantu aku ???

Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan hidup mereka..dan kita semua !

You May Also Like

5 comments

  1. saya rasa..perlu ada 1 badan khusus untuk membantu pelakon veteran ni..1 badan yang benar-benar hidup dan bukannya hanya 1 badan yang inginkan nama sahaja. semoga Allah melimpahkan rezeki abg ben..amin..:)

    BalasPadam
  2. Industri hiburan di Malaysia memang macam tu keadaannya...masa tengah "top" memang laku jer...tapi bila habis zaman...tak tahulah nak cakap macam mana =(

    BalasPadam
  3. Betul abg ben...kalau sebelum mereka bergelar pelakon mempunyai kerja tetap berpencen tidak mengapa...tapi sebaliknya...kesian sangat....semasa muda mereka ditawarkan pelbagai watak...bila dan dimamah usia jarang mensapat tawaran...

    BalasPadam
  4. Personally, i rasa pelakon zaman dulu dulu banyak yg lebih berbakat. Walau dah tak ada tawaran berlakon, tapi mungkin hidup lebih berkat dengan punca rezeki sekarang, InsyaAllah. Moga terus dipermudahkan dah dimurahkan rezeki mereka.

    BalasPadam
  5. Fida tgk pelakon veteran rumah depa hanya flat je..kereta pulak kereta buruk je..kadang2 ada yg tak ada..Tak mcm artis zaman sekarang..rumah berpuluh juta..kereta pulak beratus ribu..boleh g hoiday luar negara je..Mungkin zaman dulu..artis veteran kita tak terfikir nak buat bisnes macam artis sekarang kan..So harap artis zaman sekarang kenalah beringat sama..jgn syok enjoy ja..simpanan harus ada jugak

    BalasPadam