Hi-Tea @ VIVATEL Kuala Lumpur

by - Khamis, April 28, 2016

 

Tercari tempat menarik untuk bersama si dia atau nak melepak dengan kawan kawan sambil makan tengahari yang best pada setiap Sabtu atau Ahad ? Ahaaa.. Aku ada cadangan.. Ini antara tempat yang menarik pernah aku singgah makan ! Ternyata ada banyak pilihan dan citarasa.. Semuanya menyelerakan !

Kat mana ???

Kat Vivatel , Kuala Lumpur ! Tak susah nak ke sini.. Waze , confirm jumpa. Nak ke VivaTel ni , memang akan melalui Jalan Loke Yew.. Tu paling mudah ! Menariknya , lepas abis makan .. korang leh g jenjalan dalam shopping mall. Hotel dan shopping mall , bercamtum ! Fuhhh.. memang syiokkkk arr ! Kena pulak situ pon ada panggung wayang ! Haaaa.. Makan kenyang kenyang dulu.. baru layan !

image 

Halal kee ??

Chef Ashar Daud selaku ketua chef di sini kata..

” HALAL , Ben ! “

image

Dah la Halal.. tempat bersih dan kemas wooo ! Aku tak sangka ada sebuah hotel yang menarik di Cheras ni yang menyediakan cafe / restoran yang cukup menarik !

Hidangan sedap sedap ke ???

Hahahaha.. Nak aku jujur ke ? Aku tengok makanan je pon aku dah kenyang ! Semuanya sangat menyelerakan sama sekali ! Dah sampai tak tau mana satu aku nak makan dulu.. Hahahaha..

Menariknya di sini.. ada beberapa masakan yang perlu diorder dulu.. tujuannya , untuk memelihara rasa dan segar ! Haaa.. Contoh ? Cam ikan dan ayam..

image

Pastu ada masakan tradisi orang melayu Kelantan dan banyak lagi laa ! Semua sedap sedap laaa.. Confirm puashati punyaa..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Antara yang istimewa ialah Siakap goreng , Nasi Lemak Pandan Daun Pisang , Puyuh Berempah , Mee Rebus Urat Keting , Vietnamese Noodle Chicken Soup .

Chef Ashar dah cukup berpengalaman dalam bidangnya ! 39 buah restoran pernah dia bekerja dan pastinya dia dah mahir dalam selok belok citarasa rakyat Malaysia ni.. sebab tu , kawan kawan blogger lain tak berhenti makan ! Hahahaha..

Amacam ? Nak rasa ? Ajak ramai ramai laaa datang .. Kalau seorang , RM48 nett. Kalau bawak 5 orang , seorang dapat free ! Hahahaa.. Kanak kanak , RM38 nett.. Banyak makanan gak untuk kanak kanak.. Berbaloi ! Bawah  6 tahun , free.. heee..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke www.vivatel.com.my atau ke Facebook , VIVATELKL. Untuk tempahan , sila telefon 03 9205 8888.

Selamat Menjamu Selera !

You May Also Like

12 comments

  1. murah gk.. mknn dia nmpk sedap sgt.. naik bselera plk.. nnti nk cuba.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa haha lapar pula rasanya

    BalasPadam
  3. slalu ke sini utk tgk wyg jer..hehe..

    BalasPadam
  4. saya pun tak sangka tengah bandar camtu ada hotel.. nanti boleh bwk family hi-tea kat sini.. makanan semua menyelerakan!

    BalasPadam
  5. wow dim sum dan pau pink.. I like! yum yum

    BalasPadam
  6. gabungan warna dan gambar makanan buat ianya nampak jadi lebih sedap! adoi! sedapnya!!

    BalasPadam
  7. Wahhhh menyelerakan tengok makanan yang disajikan. :)

    BalasPadam
  8. Mee rebus urat keting glurpppp telan ailioo...wowwww simpan dalam diary...nanti senang nak pi nanti...TQ ben...good review

    BalasPadam
  9. setujua, memang puas makan kat sini. tak sabar nak lepak bilik hotelnya hihi

    BalasPadam