Teamwork !
Balik dari solat Jumaat tadi , aku selisih dengan kawan lama yang dah berkurun tak jumpa.. Sama sama membesar dari sekolah rendah hinggalah aku kawin.. pastu masing masing hilang..
Kemudian , bertegur sapa.. Aku ngan kawan ni , kalau dah start borak.. hurmm.. memang payah nak berenti dah ! Memang ada je isu.. Kawan ni , dulu bekas pemain guitar sebuah kumpulan yang top gak la.. Sekarang dia main kat kelab dan busking jer..
Kemudian dia highlight pasal buskers ni..
Sekadar Gambar Hiasan
Menurutnya , ramai buskers ni terdiri dari gelendangan. Cari makan , kais pagi .. makan pagi.. Duit hari ni , bayar sewa bilik untuk hari ni.. Kalau takde pendapatan atau kurang mencukupi , tido la di kaki lima atau di tangga jer.. Pakaian , dalam bagpack jer.. Terkedu gak la aku dengar.. Tapi setakat ni , bila aku lalu depan buskers ni , memang aku bagi duit la skit.. tanda sokongan. Aku memahami sangat kehendak mereka ni.. Aku dah rasa..
Kemudian dia bercerita lagi camana mereka bergerak.. Yang penting , perlu ada persefahaman dan teamwork ! Teamwork tu penting sangat ! Tak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri.. jgn jaga tekak sendiri jer !
Aku tersenyum bila dengar perkataan teamwork ! Sangatlah penting teamwork ni ! Amatlah payah jika nak bergerak sendirian.. Tapi tak ramai yang paham.. Ada yang selesa bergerak sendirian .. Hak masing masing.. Namun bila kita bergerak berkumpulan , kejayaan yang dicipta lebih manis.. Kita berkongsi kejayaan ! InshaAllah..
Sampai Asar kami berbual.. Dan , terbit idea untuk bantu dia nanti.. Untuk lebih maju ! InshaAllah..
2 comments
Dalam Islam disebut berjemaah.
BalasPadamjom kelab blogger kita busking, feel busking ni lain macam sikit, pernah lah jugak ikut member busking kat central market dulu
BalasPadam