Sidang Media Moslema In Styles International Tour 2016 dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016

by - Khamis, April 21, 2016

 

Bertempat di Talent Lounge , Damansara Perdana..sekali lagi aku menyaksikan perkembangan positif fesyen muslimah tempatan. Sidang akhbar “ Moslema In Style International Tour “ dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 telah berjaya dirasmikan dengan sempurnanya.

Majlis pelancaran dimulakan dengan kata kata aluan dari pengasas Moslema In Style , Encik Nurizman bin Abdul Rahman disusuli oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) , Datuk Salmah Hayati bt. Ghazali.

image

image

image

Selaku rakan rasmi Malaysia , Moslema In Style bakal menyertai siri pertunjukan fesyen antarabangsa  yang diadakan di beberapa kota terkemuka dunia. Siri pertunjukan ini  bermula pada April 2016 hingga November 2016 dan dimulakan di kota London, Istanbul , Moscow, Jakarka, Paris , Machester dan berakhir di Kuala Lumpur.

image

Pada 30 April hingga 1 Mei 2016 , Moslema In Style akan menyertai acara fesyen terulung London Muslim Lifestyle Show 2016 yang bertempat di Olympia London , United Kingdom. Ia merupakan platform berprestij bagi mempromosikan kebudayan dan keseniaan Islam selain memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi rangkaian jenama muslim di peringkat global yang mana  lebih100 buah negara bakal terlbat.Selain pertunjukan fesyen , London Muslim Lifestyle Show 2016 turut menawarkan pelbagai program menarik kepada bakal pengunjung seperti seminar , persembahan selebriti dan sesi jalinan rangkaian perniagaan bersama ikon ikon hebat industi.

image

image

Moslema In Style selaku rakan rasmi Malaysia bakal membawa dan mempromosi enam jenama tempatan yang mewakili Malaysia di sana nanti..

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Imaan Boutique
  5. Rina Salleh Boutique
  6. MARA In Fashion ( Usahawan Fesyen  MARA )

image

Pada 13-14 Mei 2016, Moslema In Style kemudian bakal meneruskan siri jelajah antarabangsa ke kota Istanbul , Turki dengan menyertai Istanbul Modest Fashion Week 2016 dan merupakan fesyen Modest yang paling berprestij di peringkat antarabangsa.

Kali ini Moslema In Style bakal berkolebrasi dan mempromosikan 5 lagi jenama Malaysia di sana.

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Jubah Souq
  5. TSAR

image

Selepas London dan Istanbul , program Moslema In Style International Tour 2016 bakal ke beberapa lagi kota fesyen seperti Moscow , Jakarta , Paris dan Manchester bagi mempromosikan industri fashion Modest Malaysia di peringkat antarabangsa.

image

Siri jelajah ini dijangka melabuhkan tirainya pada November 2016 di Kuala Lumpur , Malaysia menerusi acara fesyen Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016.

Moslema In Style , sekali lagi dilantik selaku Penganjur Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 yang bakal mewarnai kalender fesyen Malaysia pada 26 hingga 27 November 2016. Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 memberi peluang kepada pereka fesyen terkemuka mahupun pereka fesyen muda untuk mempamerkan hasil karya mereka melalui inteprestasi seni rekaan busana yang kreatif dan sopan.

image

Untuk maklumat lanjut berhubung Kuala Lumpur Moderst Fashion Week 2016 :

Web : www.klmodestfashionweek.com

Facebook : KLMODESTFASHIONWEEK

Instagram : MoslemaInStyle

Youtube : MoslemaInStyleTV

SnapChat : MoslemaInStyle

Tel : 011 2661 1187 ( En.Nurizman )

Email : Rizman@moslemainstyle.com

 

Bagi yang berminat untuk turut serta , jangan lepaskan peluang ini. Masa untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan anda , berada di depan mata ! Heeee..

You May Also Like

33 comments

  1. Waaahhhh, tak sabarnya nak tunggu November ni...

    BalasPadam
  2. Dapat gak offer drpd Rizman tp lum ada rezeki.

    BalasPadam
  3. Wahh..bagus untuk pereka baru bergiat aktif dan pamerkan lagi idea kreatif mereka..

    BalasPadam
  4. I ahh bnyk nya peniaga2 terkenal disitu. Boleh share untuk kengkawan ni...

    BalasPadam
  5. Wah Aidijuma tersenarai mewakili Malaysia..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..moga2 berkembang fashion islamic seluruh dunia..

    dyamohamad

    BalasPadam
  7. hebat...alhamdulillah industri mcm ni dah semakin mendapat tempat di mata dunia...kalau ada bawal esklusif mesti lagi gempak..

    BalasPadam
  8. Boleh g yg kat KL tu... Mesti meletops

    BalasPadam
  9. Ada Aidijuma, yayyy! I peminat Aidijuma hehe. Harap dapat pi lah event nov nanti :-)

    BalasPadam
  10. tudung yg org berebut2 tu takde ke? hehehe... Aidijuma dgn neelopak jer aku tahu sbb mem ade pakai... hahaha

    BalasPadam
  11. Wah hebatnya. Sampai ke antarabangsa

    BalasPadam
  12. Saingan sengit semuanya. Semoga success semuanya.

    BalasPadam
  13. kagum dgn pencapaian TSK...alhamdulillah...

    BalasPadam
  14. Kita peminat telekung siti khadijah..wahh tersenarai juga kat situ...semoga produk anak bangsa kita diterima ramai..insyaallah..

    BalasPadam
  15. wauuu tertarik tengok....nanti nak join beli hehehe

    BalasPadam
  16. pakaian muslimah semakin mendapat sambutan sekarang. alhamdulillah

    BalasPadam
  17. wauuu bestnya sebab jenama yang suka ada.

    BalasPadam
  18. Makin berkembang industri fesyen msia skrg

    BalasPadam
  19. Menariknya..wakil dari Malaysia tu kebanyakan well known brand..

    BalasPadam
  20. Idustri fashion cmni lah patut ada kat malaysia....

    BalasPadam
  21. naelofar pun ada. semoga mereka berjaya

    BalasPadam
  22. wahhh ramai jugak wakil fesyen dari malaysia.. memang terbaik!

    BalasPadam
  23. Sentuhan Rizman adalah terbaik..bestnya kalau dapat tengok fashion show...

    BalasPadam
  24. best giler. hebat orang Malaysia. huhuhu

    BalasPadam
  25. Jenama-jenama menarik dikumpulkan ni..

    BalasPadam
  26. aidijuma...ni barulah senarai tudung yang ada taraf antarabangsa..

    BalasPadam