Isu ‘ Awak ‘ : Angkuhkah Doktor itu ?

by - Khamis, April 07, 2016

 

Dah viral. Aku terbaca… Kemudian ramai menghentam dan ada yang backup. Aku pulak camana ??? Hurmm..

image

image

Aku yang selalu berurusan dengan client di media sosial biasanya akan lihat dulu dengan siapa yang aku berurusan.. Kerana apa ? Aku tak tau dengan siapa aku berurusan maka aku perlu tahu. Jika dia sudah bagitau sapa dia , tu lagi bagus ! Bagus kerana mudah untuk aku memanggil dia..

Kenapa ? Yang pertama … itu menunjukkan yang kita ni profesional. Bila berurusan , perlu ada batasnya. Bukannya kita berurusan dengan kawan tepuk tampar kita.. Satu lagi , dia tu client kita.. perlu hormat.. Bilia mereka nampak tahap profesional kita , mereka pon akan hormat kita.. Maka , mudah untuk berurusan.. kan kan ?

Angkuhkan Dr. Harlina ? Aku tak rasa langsung.. Dia suruh panggil Puan atau Dr je pon.. Mudah.. Title Doktor tu memang tak bawa ke mati tapi memudahkan dia untuk mengucapkan.. Nak panggil makcik ? Kalau tak tau sapa dia , mungkin boleh la kot.. Tu pun selepas dah stalk FB dia… dan tak tau sapa dia tapi bila tengok gambar , mungkin lebih berusia dari kita tapi paling sesuai , panggil la Puan atau ‘Kak’ … sejuk hati client kita.. kan kan ?

Abis tu panggil ‘ Awak ‘ tak sesuai ke ? Dalam berurusan dengan client di media sosial , untuk memanggil di saat pertama perkenalan tu , tak sesuai.. Selepas lama berbual , mungkin ok la kot. Tu pun kalau dia tak bagitau sapa dia…. dan dia ok jer dalam perbualan tu !

Apa apa pun.. tunjuk siapa kita pada client kita.. Bukan suruh angkuh atau berlagak tapi untuk tunjuk kita profesional dalam berbisnis..

You May Also Like

16 comments

  1. Rasanya dia sebut awak dr Harlina tu Dr kot.

    BalasPadam
  2. rasa macam ok je sbb dia ada juga tulis dr. herlina..tp sbb dia dh biasa berprotokal kot tu yg rasa mcm x ok je dgn msj tu..kalau sy lebih suka guna kan "sis"..itu pendapat sy la..generasi muda mudi hehe

    BalasPadam
  3. Ada betul juga sebab sy di pejabat pun kalau ada orang call dan panggil kakak rasa macam tidak profesional langsung....cuma pendapat sy...

    BalasPadam
  4. Setuju kena tahu mcm mana nak adress someone. Its show how you respect others.

    BalasPadam
  5. Mungkin lebih sesuai kalau ayat tu ditukar kepada

    "ini Dr. Harlina kan?"
    "Boleh saya tau bila Dr. nak buat majlis tu?"

    mungkin... ini pendapat saya lah...

    BalasPadam
  6. kami di Institusi Pengajian Tinggi.. pelbagai waris kami jumpa.. ada yg awal2 sudah memperkenalkan dirinya Datin.. ada yg awal2 memperkenalkan dirinya sekadar makcik.. tapi dari pihak kami, kalau tidak tahu title dia, bermula dari Puan/Encik.. tapi kalau dh tahu detail by namecard terutamanya kalau ada tertulis Dr/Datin/Datuk.. maka bertukarlah panggilan Puan/Encik tu kpd title mereka...

    BalasPadam
  7. ramai yg hentam..tp pd sy mmg xssuai pnggil awk..sy pn biasanya klau ade client watsapp, klau picture dia muda, sy akn pggil dia sis..klau dia bhsakan diri dia akak, sy pn pggil dia akak..klau watsapp tu sy tgk org2 yg dah berusia..sy pggil puan..mmg berbeza2..

    BalasPadam
  8. Yup...saya juga akan memanggil Pn,Tuan,atau panggillan yg lebih beretika sekiaranya saya ada urusan dgn pelanggan yang baru dikenali.

    BalasPadam
  9. kalau saya lebih setuju kalau kita add orang tu dengan panggilan yg lebih menunjukkan kita profesional..sebab kita sedang berbisnes kan?panggilan puan atau DR lebih sesuai...

    BalasPadam
  10. Hmmm..tk pernah terpikir...lepas ni kena lebih berhati2 untuk kata ganti nama seseorang..rambut sama hitam hati lain2...yg kurik itu kendi..

    BalasPadam
  11. Maybe pemilik perniagaan tu x aware and ingat macam pelanggan2 biasa..kan?
    tapi ok je kalau nak mewujudkan sesebuah conversation yang formal, cuma yang berurusan tu x cukup pengetahuan dalam bab ni dan tak boleh bezakan perbincangan formal atau x formal..just my two cents

    BalasPadam
  12. Bagi yanie pun kurang sesuai jika kita baru mengenali pelanggan memanggil dengan panggilan awak. Tambahan bila dah tahu pelanggan kita bertitle Doktor. Mungkin boleh bahasa kan dengan panggilan Doktor atau puan.

    BalasPadam
  13. Lebih sopan/manis menggunakan perkataan Tuan/Puan bila berurusan. Kalau tahu pangkat/kedudukan seseorang tu, terus guna jelah panggilan kata ganti diri yang sesuai. Perkataan awak tu lebih sesuai untuk rakan2 je kot.

    BalasPadam
  14. If tak kenal panggil puan or cik je jika tak tahu dah kawin ke belum. Jangan panggil akak.

    BalasPadam
  15. setuju dgn abg ben.. sesetengah org jenis x kisah..tp tu kan pangkat dia.. dia pon dah mention awal2 dia tu sapa..

    BalasPadam
  16. setuju... paling tak pon pggl puan pon ok gak.. aku setuju ngan doktor tu...

    BalasPadam