Jadilah ibu bapa yang cemerlang !

by - Jumaat, April 15, 2016

 

Daddy , nak main horse..” Kata Qhaliff.. Zahra pon ajuk gak. Apa yang abang dia buat , main , cakap.. dia ikut ! Sebab tu mak aku ingat dia dah 3 tahun walhal bulan depan baru nak masuk 2 tahun. Pantas dia membesar.. Alhamdulillah..

Ok.. malam ni kita pergi.. “. Wife pandang aku sejurus aku bagi jawapan gitu..

Mana bawak duit syiling..? “ Tanya dia.

Kang tukar kat mak la.. Dia kan banyak syiling..”. Jawab aku. Wife angguk.

Tiba masanya.. Lepas Maghrib di rumah mak aku , terus aku memecut ke Alamanda Putrajaya bagi menunaikan janji. Diorang tau , bila aku kata malam , maka aku akan menunaikan. Diorang akan terus senyap bila aku bagi jawapan. Kalau tak boleh , maka aku jawab tak boleh.. Diorang paham.. Terutama bila aku jawab gini..

Daddy work.. nanti kita pergi yer.. Tunggu daddy balik dulu..”. Kesian.. tapi itulah.. Hurm..

Tukar RM20. Main sama sama.. Diorang takde nak bergaduh.. Makin rapat diorang berdua walaupun sesekali bergaduh terutama Zahra tuu. suka provoke..

image

Naik horse.. Ada 3 seat.. 2 seat dah diipenuhi. Satu kosong.. Tiba tiba datang dua orang budak… Terus naik tanpa segan silu. Sebelum tu terdengar kata si bapak..

Gi naik cepat… “ .

Aku senyum je kat budak budak tu. Biarkan. Dalam hati aku , anak anak aku takkan naik kecuali bila dipelawa. Bukan nak kata diorang baik tapi aku ajar gitu.Tunggu hingga orang tu abis main.. baru naik dan masukkan duit.

Abis je ‘kuda’ tu pusing.. budak budak tu turun dan berlalu dari situ tanpa cakap apa apa.. Bapak budak tu pon wat bodoh dan blah.. Pernah berlaku pada aku .. Qhaliff dan Zahra dipelawa main oleh parents si anak yang sedang bermain, terus aku masukkan duit. Giliran aku lak belanja.. Atau aku hulurkan duit sebagai ganti. Dan aku ucapkan TERIMA KASIH..

Aku bukan berkira.. Tapi sebagai mak bapak , tunjuklah contoh yang baik untuk anak anak.. Ajar anak anak melalui menunjukkan contoh yang bagus…

Aku mampu senyum jer..

You May Also Like

2 comments

  1. Setuju dgn Ben..kalau kita nak akhlak anak jadi baik..contoh yg paling dekat kita as a parent kena tunjukkan kpd mereka dari kecil...terutama perkataan "terima kasih"...bunyi mcm simple tapi besar maknanya :)

    BalasPadam
  2. lucu plak si bapak..dh la x tahu malu, adab pon xde..kesian anak2 dpt bapak mcm tu

    BalasPadam