Kenapa filem REDHA tidak dapat sambutan ?

by - Selasa, April 19, 2016

 

Filem REDHA sedang ditayangkan di panggung wayang tetapi tenggelam kerana kemunculan filem  THE HUNTSMAN : WINTER WAR.  Kenapa boleh tenggelam walhal filem ni dikatakan mampu mengalirkan airmata serta memberi kesedaran pada para penonton.

image 

Aku rasa laa.. ramai tak paham apa itu autisme ! Sebab tu macam entah tak endah je .. kan ?

Ok.. Korang takyah google.. aku dah google kan dan kasi jawapan untuk korang.. Aku amik dari wikipedia dan edit skit.. boleh baca  lebih lanjut di wikipedia..

“ Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris  mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.

Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1] 

image

Ok… tolak tepi review kawan kawan.. tunjukkan sokongan dengan menonton filem ini kerana setiap tiket , ada bahagian akan didermakan pada persatuan terbabit.. Kalau tak silap aku laa.. Kalau silap , sila beritahu yer..

Filem yang diinspirasikan dari kisah benar itu menceritakan pengalaman pasangan suami isteri, Razlan lakonan Namron dan Alina  membesarkan anak mereka yang menghidap autisme.

Dilema pasangan ini dipapar penuh perasaan dalam trailer terutama sekali persembahan berkesan Namron yang tidak dapat menerima hakikat anaknya menghidap autisme.

Jommm penuhkan panggung ! Sesekali menderma melalui cara gini , apa salahnya kan ?

You May Also Like

8 comments

  1. Setuju!
    Sedekah sambil menonton tanda sokongan....

    BalasPadam
  2. Rasanya sebab kurang promosi kot.. Baca blog En ben baru la tau ada cerita ni kat panggung..

    BalasPadam
  3. Pendapat saya film ni kurang publisiti di media elektronik & media cetak..juga masyarakat kita masih malas menonton film berat & tdk membariskan pelakon2 muda popular masakini

    BalasPadam
  4. Pendapat saya film ni kurang publisiti di media elektronik & media cetak..juga masyarakat kita masih malas menonton film berat & tdk membariskan pelakon2 muda popular masakini

    BalasPadam
  5. Teringin nak tengok, tapi ada baby payahla sikit nak masuk wayang,huhu

    BalasPadam
  6. Terima kasih bro ben. Saya ibu kepada anak perempuan 7thn autism ADHD.tontonlah dan ada banyak mesej tentang keluarga,perkahwinan,kawan dalam filem ini. Saya pengikut ben secara diam.

    BalasPadam
  7. Masyarakat kita harini tak berapa nak memberi perhatian pada isu seperti ini padahal filem sebegini laa yg perlu di pertontonkan utk masyarakat diluar sana..agar ada kesedaran dan keinsafan dalam diri..bukan asyik dibuai cerita2 dongeng asmara yang kebanyakannya hanya ada dalam novel bukan di alam realiti ..

    BalasPadam
  8. Nak tgk cerita ni http://goo.gl/K3Ge73

    BalasPadam