Best tak ‘ The Huntsman : Winter’s War ‘ ?

 

Syok jugak blogger sepenuh masa ni.. Di kala orang sibuk kena arah dek bos , aku dokk makan pop corn di dalam panggung wayang.. sambil goyang kaki.. Tengok kiri kanan kerusi.. kosong ! Tak yah gaduh gaduh ngan orang belakang atau orang depan , kepala besar ! Huhhhh..

image

Ok.. kenapa aku tengok filem ni ? Filem Redha pon dah main.. Dia punya trailer , aku memang sedih tengok.. Maklumlah , aku ada anak dan aku jaga anak aku dari kecik.. Sesungguhnya bukan mudah nak jaga anak autisma ni.. Respek pada ibu bapa yang begitu tabah dan sabar melayan anaknya itu.. Moga Allah terus berikan ketabahan.. Kalau korang boleh layan cerita sedih , aku syorkan g tengok Redha..

Aku ? Aku tak larat nak sedih.. Dah la aku ni cepat cedih dan cepat stress.. haa.. Kang aku teriak dalam tu.. OK ok.. sambung balik point utama.. Aku minat watak Thor..Dan mamat hero ni , masih diselubungi watak Thor dalam filem ni.. hehehe.. Dan yang penting , kacak siuttt ! Kalau Superman haaa… Dia kacak dan macho ! Haa.. kan kan ?

Filem ni best tak ? Giler kau tak best ! Hahaahha.. Berbaloi la tengok dari tengok Superman V Batman tu haaa… Best part bila isteri dia mati ! Haa.. dari situ la dia start selekeh .. kan ? Dan dalam filem ni , tunjuk sapa dia sebenarnya.. Best best !

Nak lagi best ??? Kakak dia tak mati sioutt ! Nak lagi best ??? Bini dia pon tak mati siottt ! Haa.. Nak lagi best ? Eh , tengok laaa sendiri ! Huhhh.. jangan download.. memang tak best ! Huhhh..

image

Huhhh.. bila tengok dia , macam tengok cermin.. aku mengadap cermin.. Sebijik siut ! , Kan ?

2 ulasan:

  1. alaaaa jelesnya dah tgk..
    takpe sabtu ni kita tgk lak, kita minat giler kat huntsman ni.. hehehee!

    BalasPadam
  2. cam best je.. nak kena pegi tgk ni :D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009