Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 Mac 2016

Takut tengok wayang !

 

Aduhhh… Orang lain beria nak dapatkan tiket tengok movie Boboi Boy ! Tapi anak aku ni , beria nak melarikan diri dari tengok wayang ! Adudududu… Rugi daddy RM23 termasuk GST !

Sebenarnya aku memang was was dengan dia ni. Dia memang tak minat. Sama macam mak dia. Tak suka bising ! Dan mak dia dulu, kali pertama tengok wayang , balik tu terus solat taubat ! Hahahahha…

Aku booking tiket , awal pagi. Show jam 3.40 petang. Plan abis movie ( tak mungkin abis punya ) , terus amik mak dia kat Putrajaya. Namun segalanya berubah…

Jam 3.30 petang , aku melangkah masuk je ke GSC Alamanda , Qhaliff terus lari keluar !

image

image

Paksa la camana pun , dia tetap tak nak ! Dia terus melangkah pergi meninggalkan aku ! Hahahaha.. Terpinga pinga aku dibuatnya.

Akhirnya… aku mengalah ! Jom Baskin Robbin…

image

Dan abang abang kat sini , rajin benar la melayan dia ! Huhuu….

image

Dan daddy masih tak percaya.. RM23 terbakar begitu saja ! Boboi Boy atau Kungfu Panda , tidak berjaya menarik minat dia ! Hurmm…

7 komen :

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

hahahaa.. kami burn 29.. senyum jer keluar panggung dlm pasrah.. sebelum tu beria angguk2 kepala nak tgk boboiboy. masuk je dalam, teriak tunjuk ke pintu keluar..tak ingat dunia nangisnya .. bertabahla..

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Balik dari tengok wayang terus solat taubat? hahahahhaa... jahat aben!!!

Yan Ty berkata... [Reply to comment]

Alahai la Qhaliff... cian Daddy ye hangus RM...

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

kitorang laki bini burn jugak tiket.. bukan sebab x masuk.. masuk laa tengok dlm 15 minit..tp sebb tengok kartun anaknya teruja pulak kat dalam tu..sebb xnak ganggu org lain, kena gak laa keluar.. frusttt..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

abg ben lepas ni cba offer zahra pulak..tapi tawakkal la RM tu..hihihi..ala ala testimoni..tapi bagus juga Qhaliff tak suka tengok wayang..

Hasrul Hassan berkata... [Reply to comment]

Hmm ada benda lain dia nak tu Ben ...

Kalau macam anak aku .. dah merajuk macam ni, memang ada benda lain yang dia nak tapi tak mo nak cakap sbb takut kena marah atau tak dapat.

Budak2 ni suka memendam.

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

dia biasa tengok video2 boboiboy tak? mgkn ada la tu dia x slesa apa2. hehe. sy pun takut kalau bawa anak2 ni. slalu pegi time thari sbb tahu dah anak2 nak tdo. kihkih..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI