Tercari tempat menarik untuk bersama si dia atau nak melepak dengan kawan kawan sambil makan tengahari yang best pada setiap Sabtu atau Ahad ? Ahaaa.. Aku ada cadangan.. Ini antara tempat yang menarik pernah aku singgah makan ! Ternyata ada banyak pilihan dan citarasa.. Semuanya menyelerakan !
Kat mana ???
Kat Vivatel , Kuala Lumpur ! Tak susah nak ke sini.. Waze , confirm jumpa. Nak ke VivaTel ni , memang akan melalui Jalan Loke Yew.. Tu paling mudah ! Menariknya , lepas abis makan .. korang leh g jenjalan dalam shopping mall. Hotel dan shopping mall , bercamtum ! Fuhhh.. memang syiokkkk arr ! Kena pulak situ pon ada panggung wayang ! Haaaa.. Makan kenyang kenyang dulu.. baru layan !
Halal kee ??
Chef Ashar Daud selaku ketua chef di sini kata..
” HALAL , Ben ! “
Dah la Halal.. tempat bersih dan kemas wooo ! Aku tak sangka ada sebuah hotel yang menarik di Cheras ni yang menyediakan cafe / restoran yang cukup menarik !
Hidangan sedap sedap ke ???
Hahahaha.. Nak aku jujur ke ? Aku tengok makanan je pon aku dah kenyang ! Semuanya sangat menyelerakan sama sekali ! Dah sampai tak tau mana satu aku nak makan dulu.. Hahahaha..
Menariknya di sini.. ada beberapa masakan yang perlu diorder dulu.. tujuannya , untuk memelihara rasa dan segar ! Haaa.. Contoh ? Cam ikan dan ayam..
Pastu ada masakan tradisi orang melayu Kelantan dan banyak lagi laa ! Semua sedap sedap laaa.. Confirm puashati punyaa..
Antara yang istimewa ialah Siakap goreng , Nasi Lemak Pandan Daun Pisang , Puyuh Berempah , Mee Rebus Urat Keting , Vietnamese Noodle Chicken Soup .
Chef Ashar dah cukup berpengalaman dalam bidangnya ! 39 buah restoran pernah dia bekerja dan pastinya dia dah mahir dalam selok belok citarasa rakyat Malaysia ni.. sebab tu , kawan kawan blogger lain tak berhenti makan ! Hahahaha..
Amacam ? Nak rasa ? Ajak ramai ramai laaa datang .. Kalau seorang , RM48 nett. Kalau bawak 5 orang , seorang dapat free ! Hahahaa.. Kanak kanak , RM38 nett.. Banyak makanan gak untuk kanak kanak.. Berbaloi ! Bawah 6 tahun , free.. heee..
Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke www.vivatel.com.my atau ke Facebook , VIVATELKL. Untuk tempahan , sila telefon 03 9205 8888.
Selamat Menjamu Selera !