Pagi sebelum aku bertolak ke Kelantan , Qhaliff dah kena ! Aku terkejut tengok. Tapi suruh sedikit lepas letak losyen Magic Cosmoderm.
Tapi di Kelantan , makin banyak pulak dia keluar. Hingga di pagi raya , muka Qhaliff ketara bengkak. Hingga dia sendiri segan nak bergambar di pagi tu. Asyik larikan diri jer.. Sian..
Pelbagai cara dah digunakan.. Hinggalah mandikan dia dengan garam bukit dan sapu dengan ubat dari doktor.. Ada perubahan sedikit demi sedikit..
Alhamdulillah..
Tapi bila sampai KL.. sampai rumah , jadi semula ! Aku mandikan dia sekali lagi pastu sapu ubat..
Dan mintak wife tukar semua cadar dan juga sarung bantal ! Aku syak dia dapat masa bermain di kawasan perumahan mak aku tu. Bermula dari situ la badan dia naik gegata atau ludah pontianak..
Alhamdulillah.. takda dahh… Bersungguh wife jaga Qhaliff masa dia mula dapat gegata tu.. Hurmm..