Cuti singkat minggu depan ? Atau bulan depan ? Tak tau nak bercuti ke mana ? Malas nak naik kapal terbang ? Nak sokong percutian dalam negara ? Heee.. Gi je pantai timur ! Memang terbaik untuk percutian dalam negara punya.
Legend Resort Cherating , Pahang ni , bukan pertama kali aku singgah menginap di sini. Dah lebih 10 kali dan ianya tetap tidak menghampakan. Banyak faktor kenapa aku memilih Legend Resort Cherating ni dan paling utama ialah keselesaan dan pantainya yang bersih serta mendamaikan.
Hotel ni lama dah wujud. Tidak dinafikan bukanlah seperti hotel hotel mewah yang lain seperti yg pernah korang kunjungi dari sudut dekorasi bilik dan sebagainya tetapi bagi aku , Legend Resort Cherating ni , tetap memberikan aku penginapan yang memuaskan hati.
Yang pastinya jika kita datang sini bersama keluarga tercinta , ianya akan menjadi keseronokkan buat anak anak kita dan di sini , kedamaian menjadi teman baik. Tak perlu risau dengan bunyi bunyian yang memekakkan telinga. Suara ombak menghempas pantai adalah paluan yang sangat merehatkan.
Ok.. apa ada kat sini ? Hurmmm.. Pantai yang bersih ! Tu penting tu.. kolam renang mesra kanak kanak.
Gym pon hado.. heeee.. Seronok aku dapat berpeluh di sini..
Bilik camana ? Ok ke ? Besar ke kecik ? Ok.. bilik kat sini ada pilihan. Kalau sekadar berdua , harga dalam RM200 lebih. Tu harga ketika aku di sini. Lepas ni aku tak pasti la yer.. Kena call tanya sendiri. Dan nak bilik lebih besar.. harga lain..
Dan bagi mereka yang gemar makan , sekarang ni ada promosi makanan juga. Boleh cuba menu Atlantic Halibut. Aku rasa dah. Menepati selera aku. Dan ada banyak lagi makanan yang boleh korang cuba di sini..
Hainan Chicken Rice pon sedap !
Bagi mereka yang cam aku ni.. buat kerja di mana mana.. kat sini disediakan wifi percuma. Tak yah bayar dah ! Heee.. dan wifi pon ok connection dia. Leh update blog gak.. heee ..
Aku nasihatkan , booking dulu sebelum nak datang sini sebab senantiasa penuh kat sini.. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawat http://www.legendresort.com.my/ atau ke instagram Legend Resort yang pantas reply mesej anda.. @legendresort.cherating.
Dan ini adalah hotel pertama buat Aariz Iman. Heee… Terima kasih The Legend Resort Cherating.
Pasni nak gi hotel mana lak eh..