Hurm… sebenarnya pelbagai cara dah diviral di media sosial untuk sedarkan si ibu bapa betapa masa yang ada diluangkan bersama anak anak.. bukannya mengadap telefon atau gadget !
Apa pun alasan sebenarnya , mereka yang bekerja dari hari Isnin hingga ke Sabtu , siang hingga malam.. secara tidak disedari mengabaikan anak walaupun alasan adalah untuk mencari duit , patut mencari masa dalam setiap 24 jam dan berikan pada anak kita. Atau kita akan menyesal satu hari nanti !
Bagi yang tidak berkemampuan , aku paham. Tapi bagi mereka yang dah terlebih mampu , tapi masih mencari beria ria sehingga dah dah tak apa lagi nak dikejar ?? Anak terabai..
Tak dinafikan , kadang kadang aku pun terleka.. Nasib baik ada media sosial yang memviralkan unsur unsur positif yang setepek kena muka kita !
Luangkan masa untuk mereka. Jangan tunggu cuti sekolah , baru nak bawak berjalan. Mereka perlukan kita , setiap saat !