Abiskan masa bersama anak..
Hurm… sebenarnya pelbagai cara dah diviral di media sosial untuk sedarkan si ibu bapa betapa masa yang ada diluangkan bersama anak anak.. bukannya mengadap telefon atau gadget !
Apa pun alasan sebenarnya , mereka yang bekerja dari hari Isnin hingga ke Sabtu , siang hingga malam.. secara tidak disedari mengabaikan anak walaupun alasan adalah untuk mencari duit , patut mencari masa dalam setiap 24 jam dan berikan pada anak kita. Atau kita akan menyesal satu hari nanti !
Bagi yang tidak berkemampuan , aku paham. Tapi bagi mereka yang dah terlebih mampu , tapi masih mencari beria ria sehingga dah dah tak apa lagi nak dikejar ?? Anak terabai..
Tak dinafikan , kadang kadang aku pun terleka.. Nasib baik ada media sosial yang memviralkan unsur unsur positif yang setepek kena muka kita !
Luangkan masa untuk mereka. Jangan tunggu cuti sekolah , baru nak bawak berjalan. Mereka perlukan kita , setiap saat !
7 comments
keluar umah dah besen tu..pool xde ke alahaii cian zahra
BalasPadamHAHAA. Daddy pun masuk gak . huhuhu.
BalasPadamBetul tu ben, tiap hari pastikan luangkan masa dgn anak anak walaupun sekejap. Jangan nanti dah tua baru menyesal bila anak anak tak pedulikan kita...
BalasPadamTetiba asyik viral besen biru je...ni yg nak beli berendam sama dgn anak hahahhaha
BalasPadamBetul tu, saya yg kerja ni lagi terhad masa dgn anak². Jadi kena pandai curi masa, weekend kena lebihkan spend time dgn mereka.
BalasPadamLama tak datang sini...dulu datang masa abang kecik lagi...la ni adik pun dah besar....
BalasPadamAnak adalah amanah Allah, moga kita dapat memberikan pendidikan sebaiknya
pm besen tu . hahaa nampak besooo.. lama tak berendam .
BalasPadam