Impian semakin jadi kenyataan !
Tahu tak apa impian aku sebelum menjadi blogger yang dikenali ramai dimana aku rasakan tak mungkin tercapai sama sekali !
- Nak tengok kilang pembuatan kapal terbang ! Aku memang taksub skit dengan kapal terbang dan merasakan kapal terbang antara ciptaan ajaib manusia !
- Nak dapat telefon pintar percuma terus dari syarikat telefon.
- Muka terpacak dalam surat khabar dan majalah terkenal serta tv yang berkisarkan mengenai diri aku sendiri !
- Melancong dibawah tajaan syarikat penerbangan ! Tak mungkin sama sekali ! Aku bukan artis.. hahaha
- Masuk hotel terkenal , sebut je nama aku.. dapat tidur semalam percuma ! Hahahaha..
- Artis / Pelakon terkenal , kenal aku ! Fuh , perasan abis !!
- Dapat laptop free !
- Merasa la skit duit dari blog.. huhu..
- Membantu blogger lain mencapai impian mereka seperi.
- Gi negara negara impian seperti New Zealand dan Eropah.
Secara jujurnya , aku memang telan air liur je la bila tengok blogger blogger terkenal ketika tu , bercerita mengenai kejayaan mereka. Cemburu tu tak la tapi ada la timbul pertanyaan camana mereka berjaya lakukan ? Kalau mereka itu artis , ok la kan.. tapi bukan la pulak ! Camana tu ?
Setelah 9 tahun bergelar blogger… banyak impian aku dah jadi kenyataan ! Di luar jangkaan sama sekali. Rezeki yang tak diduga sama sekali.
Dan aku nak kongsikan apa yang aku rasa bersama mereka yang sebidang dengan aku ! Pada masa yang sama , aku turut nak buat banyak kebajikan melalui blog serta komuniti blogger yang aku bina. InshaAllah..
Aku bukan nak berbangga tapi sekadar nak berkongsi terutamanya mereka yang dibuang kerja akibat ekonomi yang semakin merundum tapi dinafikan oleh ‘mereka’ ! Huhh.. geram neh ! Nasib baik tak nak cerita pasal politik dlm ni dah !
Oh ya.. rezeki ada di mana mana.. terutamanya di dalam internet ni , ada banyak cara nak dapatkan pendapatan. Biar la sedikit dari takda langsung ! Usaha dari bawah. Jangan asik pikir kerja dengan orang baru boleh hidup !
InshaAllah , ke New Zealand lak nanti.. huhu.. ! Menariknya ialah… biarlah aku cerita nanti.. heee..
10 comments
Nak jadi cam ben gak..
BalasPadamTQ Ben kerana berkongsi ilmu & rezeki dgn kami :-)
BalasPadamsyukur alhamdulillah impian dah tercapai..
BalasPadamAku pun nak dapat laptop free hoho
BalasPadamAbg Ben Shaari my idol. Harap dapat berjaya seperti Abg Ben juga. :D
BalasPadamAlhamdulillah, semuanya jadi kenyataan dgn izin Allah swt
BalasPadamAlhamdulillah tercapai segala impian .. semua mendapat lebih banyak kejayaan dlm dunia blogging di masa masa akan datang insyaallah..peeghh g NZ gituuu.. tahniah tahniah ..
BalasPadamAlhamdullillah. Tahniah.. nk ikut gak g NZ.
BalasPadamFuh New Zealand...terbaik ben...semoga baik2 nanti di sana...tak sabar nk tgk new zealand ben update yeyyyyy
BalasPadamsemoga lisa dapat berkemampuan macam aben , hihihi
BalasPadam