Jom sertai kempen ‘#SayaSihat’ anjuran #YeosMalaysia !
Satu kempen kesihatan yang cukup menarik yang dijayakan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau dikenali sebagai #YeosMalaysia dan menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Kempen #SayaSihat ini bertujuan untuk menarik minat rakyat Malaysia yang semakin stress dengan tekanan hidup ke arah kehidupan yang lebih ceria , cergas dan mengamalkan pengambilan seimbang sambil bersenam. Untuk pengetahuan , Yeo’s adalah produk minuman yang sinonim dan telah di kenali sejak dahulu lagi mempunyai kualiti yang sangat tinggi , Kerana ia kurang gula dan juga tidak mengandungi pengawet, antara yang disyorkan adalah Yeo’s Teh Hijau Jasmine kerana teh hijau baik untuk sistem pembakaran lemak dan mempunyai antioksidan. Manakala soya pula bagus untuk mengekalkan tenaga pada tubuh kita kerana sumber proteinnya
Ok..cerita banyak tarak.. jom kita join. Kempen #SayaSihat bermula pada 13 Februari dan berakhir pada 23 April dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Cara-cara penyertaan kontes Instagram ‘#SayaSihat’ ni mudah sangat ! :
- Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo’s yang turut berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
- Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
- Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
- Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.
Hadiah mingguan yang bakal dimenangi oleh 10 pemenang mingguan ialah baucar tunai yang bernilai RM150 Sports Direct berserta produk Yeo’s. Manakala, bagi pemenang keseluruhan, pemenang tempat pertama bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM1000 berserta produk Yeo’s, hadiah bagi tempat kedua pula baucar tunai berjumlah RM800 Sports Direct berserta produk Yeo’s dan bagi tempat ketiga pula bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM 300 berserta produk Yeo’s.
Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya , layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.
5 comments
Kempen yang menarik. Tapi, dah lamalaa pulak tak bersukan. Hukhuk
BalasPadamwahh menarik ni, ambik gambaq anak anak ja bersukan boleh kan?
BalasPadamBest jugak kalau dapat join....#sihat
BalasPadamDah join.. hehehe. Nsb ada pic dlm gym..
BalasPadamboleh la join..mggu ni nak mendaki..
BalasPadam