Bengang abis dengan Zahra !
Buah hati aku. Walaupun setiap malam aku confirm akan bergaduh dengan dia , dia ni laa yang akan aku rindu bila aku gi mana mana .. Bak kata orang yang mengenali aku dan Zahra , bila tengok Zahra jer.. diorang akan kata dia ni klon aku versi perempuan ! Muka tarak senyum punya tapi bila senyum , confirm cair ! Huhu..
Nak dijadikan cerita.. semalam.. dari jam 1 pagi – 5 pagi , aku gagal untuk tidur lena ! Zahra mintak susu untuk kali ke 4 ! Aku tak nak bagi. Aku suruh dia tidur. Dia tak nak. Aku tidur jer ! Biarkan dia. Dan dia , setiap minit akan kacau aku dan mintak susu ! Geram betul laaa!
Sehingga jam 5 pagi.. akhirnya aku mengalah. Aku buat jugak kat dia selepas dia kena marah ngan aku. Dia ketuk muka aku ngan botol susu ! Sapa tak marah woiiii ! Ko tengah tidur dok mimpi bercandaran di pasiran pantai ngan awek hijabista ! Haaaa…
Bagi susu.. dia tidur ! Bila dia tidur , aku kesian tengok dia. Tidur dengan air mata bercucuran.. Haih.. Kejam tul aku ! Tapi kalau kasi , lagi kejam ! Zahra ni , kalau dia nak .. dia mintak sampai dapat ! Entah perangai sapa laaa dia ikut… ( aku la tu ).
2 comments
Hebat Zahra. Usaha sampai dapat apa yang dia nak hoho
BalasPadamhahah iut perangai aben la tu . kalau nak sesuatu kena buat smpai dpt.
BalasPadam