Hadiah dari New Zealand buat Zahra. Terharu aku ! - BEN ASHAARI

Hadiah dari New Zealand buat Zahra. Terharu aku !

 

Siapa sangka.. blog aku ni dibaca juga oleh mereka yang  berada di luar negara ! Dan siapa sangka , dia bukan saja sekadar membaca tetapi menghayati dan memahami perasaan aku sebagai seorang ayah yang menjaga 3 orang anak kecil ! Huhuhuh..

Satu hari , aku terima email. Aku baca dan terkedu ! Takkan kot ? Takkan dia nak post My Little Pony dari New Zealand untuk Zahra ??? Huhuhu..  Ini sejarah dalam 9 tahun aku berblog ! Dapat hadiah dari jauh..

image

Dari email ke whatsapp dan akhirnya , semalam sampai di depan pintu rumah ! Huhuhuh.. Tak sangka secepat itu !

image

Reaksi Zahra ? Hahahaha.. Terbeliak la bijik mata terutamanya bila tengok baju tuuu.. Dia kalau boleh , nak pakai baju MLP tu 24 jam ! Dah basuh.. kering.. pakai balik ! Gitu laa..

Terima kasih pada Kak Rose dan Hannah atas kesudian mengepos hadiah dari jauh.. Kami sekeluarga terharu dengan keikhlasan Kak Rose dan Hannah. Moga Allah murahkan rezeki Kak Rose sekeluarga. InshaAllah , ada rezeki.. kami penuhi jemputan ke New Zealand. Memang lama dah teringin nak gi sana.. Huhuh..

Nak kena cari butik My Little Pony kat Malaysia.

9 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.