Penakut rupanya !

by - Jumaat, Februari 10, 2017

 

Ku ingatkan , berani sangat ! Ternyata dia memilik ciri ciri aku.. berlagak berani ! Hahahaha.. Kenapa aku kata gitu ? Setiap malam kalau nak tidur , mesti nak kena ada aku. Nak kena tidur atas lengan. Kalau tak , memang tak tidur punya.

Tapi bila dah lena.. dia tak kisah dah apa apa.. Cuma sesekali dia akan terjaga lalu menangis.. Mesti kes tengok tv terlebih tu. Bukan apa.. ada sekali tu dia tengok babak seram.. terus menyorok belakang mak dia. Aku tak sangka lak dia dah ada rasa takut. Sebelum ni , takut dek anak lipas je.. hahaha..

image

Hurmm.. terfikir gak.. apa jadi ngan dia kalau aku kena g luar negara , berhari lamanya ? Dia yang paling aku kesian sebab dia ni jenis simpan dalam hati.. Bila jumpa balik , dia menyombong. Nak kena pujuk , baru nak melekat semula.

Patutlah orang kata.. anak perempuan ni , rapat ngan bapak dia. Teringat arwah ayah yang kuat manjakan adik perempuan. Dah tau kenapa dan mengapa.

You May Also Like

3 comments

  1. anak sy laki dan pompuan semua kene tdo dgn sy. tanpa sy si kecik akn nanges kaw2.. si kakak akn nanges dl dan lena dlm tangisan.dah try skali mmg jd mcm tu.

    BalasPadam
  2. ingatkan sapa penakut tadi hihi

    BalasPadam
  3. Manja betul dengan ayahnya hehe inshaAllah takda apa tu nanti.

    http://anothersyed.blogspot.com

    BalasPadam