Tak ke mana ego tu !

by - Jumaat, Februari 03, 2017

 

Kisah semalam.. Benarlah kata orang dulu dulu , makin berumur makin matang. Jika tidak matang jugak , ada tak kena kat mana mana la tu.. heeee..

Awal pagi. Hantar wife gi kerja.Sebelum tu antar Qhaliff dulu. Tengok jam , dah 8.15 pagi. Takkan nak lewat lagi ? Sian kat wife. Asyik lewat jer. Bangun dah awal pagi. Bersiap. Tapi tetap nak jugak lewat. Takkan nak kena kuar lagi awal kot ? Adoi.. Atau kena pindah je duduk rumah dengan ngan pejabat ? Hurm.. nampaknya gitu la jika tiada perubahan.

Sampai bangunan tempat wife bekerja. Biasanya aku akan parking di tempat yang diminta oleh pengawal keselamatan bertugas. Tapi pagi tu agak penuh kereta . Aku pandang pengawal keselamatan tu. Aku tak nampak dia punya respon. Haa.. dia nak suruh masuk parking tapi bila aku undurkan kereta , dia takda respon.

Masa bergerak. Aku tak cerita banyak , terus turun dari kereta dan bukak pintu belakang. Pintu belakang tu ‘child lock’. Wife kat belakan sebab ada car seat Aariz kat depan. Dia nak turun dan letak Aariz dalam car seat tu la..

Tetiba kereta datang dan nak masuk di tempat aku berhentikan kereta tu. Kiranya , aku menghalang la tempat tu.. tapi kat belakang tu pun masih ada tempat letak kereta.

Pengawal tu suruh aku ubah kereta. Aku bengang la.. Aku dah keluar kereta kot .. disuruh masuk balik dah ubah ! Suruh je la pemandu tu parking kat tempat kereta yang ada..

Aku mula membebel. Sound terus pengawal keselamatan yang masih muda  tu. Geram pagi pagi dibuatnya. Wife suruh bersabar. Yelah, dia kerja kat situ.. Hari hari tengok muka diorang kan ?

Aku undurkan kereta. Keluar dan hempas pintu. Bengong sebenarnya sebab tu pintu kereta sediri ! Huhuhu.. Selesai wife turun. Aku pandu keluar dari situ.

Hati mula sejuk. Tiba tiba datang rasa sesal. Hurm… Tak matang sungguh perbuatan aku tu. Tak pe la.. Petang karang , aku gi amik wife. Aku gi jumpa dia dan mintak maaf. Tu pelan aku.

Tapi kenapa aku kena mintak maaf lak? ?? Bukan salah aku. Dia bagi arahan sambil mulut mengunyah ! Mana aku nak paham !!! Huhhh.. Ego mula menguasai diri..

Memikirkan si isteri kerja kat situ dan kedudukann pengawal keselamatan tu yang mana mungkin belum arif mengenai pekerjaan dia , aku redha je la..

Petang tu.. aku gi jemput wife. Aku datang awal. Aku nampak pengawal keselamatan tu. Aku turun kereta dan berjalan ke arah dia. Dia buat buat tak nampak. Aku lak baru lepas workout. Macam datang nak sambung bergaduh ! Hahahaha..

Aku sua tangan aku. Aku mintak maaf. Dia hulurkann tangan. Settle. Aku tepuk bahu dia.

“ Stress pagi pagi.. “.

Dia senyum. Alhamdulillah.. Lega !

Hidup ni , banyakkan kawan. Jangan simpan musuh.

image

Sado bukan terletak pada badan tapi pada akal fikiran !

You May Also Like

3 comments

  1. Betul gak. Kadang-kadang ego kena buang sikit. Baru dapat hidup dengan harmoni.

    -Diari Mummy Muhaimin-

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah abg ben. bukan susah tu nak minta maaf macam tu. Tak semua boleh buat. Salute laaa.

    BalasPadam