Rapat dengan daddy..
Anak perempuan satu satunya , buat masa skang. Ke sana sini ikut aku tapi tak la macam abang dia ketika baby dulu. Dia melekat dalam rumah jer. Tapi bila keluar tu , dia leh berdikari.
Kesian gak kekadang aku tengok dia. Rasa rasa tahun depan nak masukkan dia ke taska. Aku tengok dia lebih cepat tangkap bila ajar dia berbanding abang dia.
Tahun depan baru 4 tahun. Hurmm..
Mudah mesra dia sebenarnya walaupun kelihatan garang tapi tak mudah orang nak masuk dengan dia. Dia cepat bosan. Mengingatkan aku dengan perangai aku. Heeee..
Tengok la camana.. Kalau ada lebih rezeki tahun ni , boleh la kot. Aku plan nak bawak diorang melancong buat pertama kalinya ke luar negara tahun ni. Kena kerja kerasa la skit aku.
0 comments