Bila susu ibu abis stok !

by - Khamis, Februari 23, 2017

 

Tak banyak stok kali ni. Wife tak sempat nak buat stok banyak banyak sebab ketidaktentuan masa dan juga kesibukan di pejabat namun dia berusaha juga mendapatkan stok untuk setiap hari.

Sehari , Aariz akan abiskan 5 botol susu di sebelah siang. Malam , dia menyusu direct jer. Masa aku jaga je dia menyusu menerusi botol.

image

Dan seperti yang djangka , akhirnya stok abis pada hari ni ! Wife pesan , kalau stok abis.. dia suruh aku gi amik kat pejabat atau dia akan hantar ke rumah..

Tengok jam.. kul 3 petang. Qhaliff abis kelas jam 4 petang. Ok la.. aku leh amik dia sekali ! Terus siapkan budak budak. Risau Aariz menjerit dalam kereta nanti. Huhuh.. Harapnya tidak la… Bukan apa.. kalau Aariz menjerit , fuhh… aku tak keruan. Budak nangis leh sampai tahap kena sawan wooo.. orang kata laaaa !

Maka bergegas la aku dari Sepang ke Putrajaya semata mata untuk bagi Aariz susu ibu ! Bagus tak aku ? Hahahaha. Dan berjaya jugak Aariz buat aku kelam kabut ! Huhhh..

You May Also Like

2 comments