Isnin menjelang , ramai tertekan di tempat kerja !

by - Ahad, Februari 19, 2017

 

Teringin nak berposing gembira begini setiap saat ?

image

Maksud aku , hidup tanpa tekanan ! Yelah , bila hati gembira.. takda tekanan , suruh bergambar pun senyum sampai ke telinga ! Tapi apakah boleh begini setiap saat di atas muka bumi ini ?? Setiap saat pasti ada ujian untuk kita dariNYA , kan ?

Aku dapat mesej dari seorang rakan.. dia dah kerja bertahun tahun lamanya. Setiap hari balik lewat tapi best partnya , boss dok kata dia tak buat kerja ! Tertekan sungguh dia ! Apa yang patut dia lakukan ?

Hurm.. aku tak nafikan semua benda gini boleh berlaku terutamanya bila kita bukan kaki mengampu atau kaki kipas.Atau sememangnya kita buat kerja , tidak menepati standard yang diminta olehnya.Stress !

Maka ada yang fikir , lebih baik aku buat kerja sendiri. berniaga atau jadi blogger je ! Ehhh ?? Ko pk kaya jadi blogger kat Malaysia ni ? Hahahaa.. Jangan mimpi laaa..

Berniaga ? Berniaga tu ok tapi dalam keadaan ekonomi gini..dengan rakyat Malaysia yang semakin bijak berbelanja tapi kerap pulak melancong ke luar negara.. hahaha.. pastinya berniaga bukan mudah kecuali ianya melibatkan keperluan setiap hari ..contoh menjual bahan masakan seperti sayur , ikan dan sebagainya ! Selain tu , jual ubat kurus pun laku ! Hahaha.. Rakyat Malaysia kuat makan wooo !

Aku.. Mr.MAMa.. duduk rumah sepanjang masa tanpa dapat bantuan BRIM pon kalau ikutkan , boleh gak tertekan. Tak bekerja tapi perlu berpendapatan tetap setiap bulan ! Camana aku dapat lakukan , jangan tanya ! Tapi yang pasti , Isnin juga memberi aku tekanan namun tidak seperti mereka yang bekerja di pejabat. Aku tak perlu berpakaian koperat dari hari Isnin hingga Jumaat. Memadai kain pelikat tak berbaju jer.. namun tugasan menjaga anak memerlukan pengawasan 24 jam ! Penat okkkk !

Maka , biarlah Isnin itu menjelang dan kita laluilah dengan menganggap ianya sekadar meneruskan kehidupan. Kita ada pilihan. Kalau tidak gembira dengan kerjaya kita , maka silalah berhijrah. Kenapa perlu susahkan diri ?

Hidup hanya sekali.. nikmatilah.. Hanya kita mampu mengubah diri kita sendiri.

image

Hari Khamis , ramai senyum gembira dah..

You May Also Like

2 comments

  1. So far jarang ada monday blues, pergi je kerja dengan hati gembira. Stress setiap hari pun letih jugak kan? Ingat satu je kerja untuk bantu cari rezeki untuk keluarga.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Apa kabo bang? gaya penulisan yang baik dan lahir dari hati yang tulus membuatkan blog ni baguih untuk di baca..

    Saya, bekerja dah pegawai di jabatan swasta, gaji kalau difikir2kan xde hutang dah mampu beli kete sedap, sayangnya awal bekerja dulu banyak buat silap dengan membuat hutang bodo..

    kira2 lepas graduan dulu terus kerja, dah dekat 9 tahun bekerja... yang ada hanyalah moto kapcai je..

    nak ubah nasib.. hemm interview kenaikan pangkat dah 4x, masih xde rezeki naik pangkat.. sabar dan sabar serta bersyukur.. alhamdulillah walau gaji ciput tapi Allah permudahkan... isteri banyak membantu, dan kdangkla masa bermutu dengan anak diabaikan sahaja, betapa berdosanya..


    La ni, saya sambung belajar amek master Psikologi Pendidikan di UPSI dengan harapan ada can la nak jadi lecturer ke.. ubah sikit hasil pendapatan..mudah2an Allah permudahkan

    yang menarik, bila sambung belajar ni, bukan semudah itulah mengenggam scroll master, pelbagai liku dan ranjau saya lalui.. hinaan, xde support, malahan, bila saya minta bantuan zakat saya dituduh xjujur minta bantuan..

    saya doakan abg ben sentiasa ceria, dipermudahkan urusan dan jangan lupa doakan saya sekali..

    Salam,
    Zul

    BalasPadam