Demi pembangunan katanya.. Macam macam cerita ada ! Tapi yang pasti , segalanya bakal jadi kenangan. 33 tahun aku di sini.. Membesar , bermain... pasni semua ni hanya ada dalam gambar dan memori aku dan penduduk penduduk sini.. Hurmm..
Padang ni dulu menyaksikan lagenda bolasepak negara , Azman Adnan memulakan kariernya di sini.. dan ramai lagi pemain bola sepak mewakili negeri ( Kuala Lumpur ). Ketika tu , zaman semi pro. Hurmm.. Bila petang menjelma.. padang ni penuh dengan budak budak main bola !
Selepas ni , takda dah ! Bakal dinaikkan rumah mampu milik setinggi puluhan tingkat !
Aku tak kisah apa diorang nak buat kat sini tapi yang merisaukan ialah.. di mana anak anak kecil kita nak bersosial petang petang ? Sekarang ni kita tau.. kalau nak main bola sepak , leh sewa padang atau main futsal.. duit lagi ! Nak main lari lari , kena g taman permainan sekangkang kera.. Nah , gi la main situ..
Maka jangan hairanlah selepas ni , masalah sosial akan bertambah ! Nak tuding kat sapa ? Rakyat jugak dipersalahkan...
Terbayang Hong Kong..