Buat kerja giler di Pavilion dengan Qhaliff dan Zahra !
" Apaa ???? Kau Yang Satu ? Nape tak Dark Tower ??? Arghhhhh.. ". Mati hidup balik tak percaya apa yang aku dengar ! Boleh sepupu sepupu aku ajak gi tengok citer tu kat Pavilion KL , jam 1155 tengah malam ! Disebabkan mereka tu tetamu aku di rumah , maka.. aku ok je la.. Bawak je la diorang gi sana..
Nak keluar rumah.. jam 10 malam. Zahra 'kena' ikut sebab dia dah 'tertidur' awal ! Dia jaga dan tak mungkin akan tidur awal dah. Wife lak , dah ngantuk. Risau tak terjaga nanti.. bahaya. Jatuh lak nanti dia... hurmm..
Aku bawak jer la.. Dan drama bermula awal ! Qhaliff meraung nak ikut ! Huhh.. Esok nak sekolah , kan ! Aku cakap kat dia. Dia kata Zahra ikut. Kalau Zahra ikut , dia nak ikut. Kalau tak , ngan aku aku tak leh kuar rumah ! Huhuhu..
On je laa... Confirm ponteng sekolah esok Qhaliff. Hurmm.... tak pe la. Baru 5 tahun. Huhuhuh. Mak dia menjeling dah ! Dah tu , acaner ??? Huhuh... Projek ni , projek berkembar ! Tak leh citer apakah itu.. heee..
Sesekali jumpa.. berkumpul ! Bukan selalu pun kan ? Maka , layan je la malam ni... Kau yang satu pon Kau yang satu laaa ! Free , ok la.. hahaha.. Kalau nak kuar duit tu , pikir banyak kali gak la aku.. hahaaha...
Best ke ??? Aaron Aziz .. Izara Aisyah. Huhuh.. Dulu aku minat la Izara ni tapi selepas video tu , terus tak dah.. heee..
Hurmm... Aaron. Bagus dia berlakon tapi nampaknya untuk kali ni , aku rasa dia dah tak leh bawak dah watak watak orang muda. Ketara dah 'tak muda' . Hehehe.. Jalan cerita , menarik tapi boleh di baca dah. Skrip bagi aku.. kucar kacir ! Hurmm... Lakonan Izara ? Hurmm... nasib baik la ada rupa. Tu je leh kata. Cuma yang menarik bagi aku ialah AUCKLAND ! Hahahaha.. tak sabar nak gi !
Jam 2.30 abis. Sampai umah 3.30 pagi ! Fuhhh... mata ngantuk weh ! Camana esok nak bertugas ???
Harap ni la aku tengok filem gini di panggung. Sebaiknya buat je la telefilem... baru ok ! Maaf.. pendapat aku jer.
7 comments
xpelah..sekali sekala.heheh
BalasPadamPC ada novel Kau Yang Satu..kalau baca novelnya bagi PC best..tapi bila dah diadabtasi ke filem ni...belum tergerak nak tengok lagi.
BalasPadamFuyooo mesti muka trpaksa tgk wyg ni larikk
BalasPadam2.30pagi ? kalau lisa dah tertidur kat dalam tu . hahaha. ritu tengok WAR pun leh tertidur ., lagilah klau abes 2.30 . tak mau gueee ..cite best tak ? hihihih
BalasPadamWah memasing bawa selimut hihi
BalasPadamtengok hero tua memanglah boring.....cer letak aiman tino baru ada semangat nak tengok....ahahahahaha
BalasPadamCerita camni memang rasa tak berbaloi kalau tengok kat pawagam kan?
BalasPadam