Musim budak muntah muntah ! Qhaliff pun muntah..
Awal pagi.. lepas subuh , bersiap. Nak gi Cheras. Ada meeting ngan seseorang. Projek untuk jangka panjang. Rasa nak tukar niche lak.. Hahahaha.. Nak sesuatu yang aku lama dah ingin ceburi ! Ginilah aku sekeluarga.. bila ada 'kerja' semua kena angkut gi Cheras. Mak aku je harapan untuk tolong tengokkan anak anak aku yang masih kecil.
Jam 6.30 pagi.. bertolak ke Cheras. Pasang Waze.. sejam baru sampai ! Jammed di Mex. Terutama di persimpangan Seri Kembangan dan susur keluar ke Kuchai Lama. Kalau ada eksiden , memang berasap la bontot kat situ ! Sebab tu pasang Waze. Maka boleh rancang perjalanan aku. Kalau jammed teruk , ikut je jalan biasa.
Sampai Cheras. Turunkan barang dan anak anak. Wife antar Qhaliff gi sekolah. Tengok jam , dah lewat. Hari ni sesak pelik skit. Ada eksiden.. ada Sukan Sea. Hujan la. Memang pakej la ! Huhuhuh.. Redha je la.
Tak lama kemudian , wife call.. sebelum tu dia mesej.
" Qhaliff muntah dalam kereta. "
Dia bersihkan Qhaliff dan bagitau keadaan Qhaliff pada cikgunya. Dia ok jer. Tak demam , tak selsema. Wife rasa mungkin dia kembung perut atau masuk angin gara gara makan lambat malam tadi. Dia sendiri pun nak pergi sekolah. Tak nak balik.
Tak lama tu , wife bagitau... Qhaliff muntah lagi di tadikanya. Cikgu telefon. Hurm... Aku suruh wife bawak gi klinik. Dia paling hampir dengan Qhaliff.
Wife bawak gi Klinik AnNur di Presint Diplomatik . Dalam kereta , muntah sekali lagi. Aduh... Nasib baik dia makan roti je pagi tadi. Maka muntah dia tak banyak sangat la.. air je banyak. Hurm.. sian.. Di Presint Diplomatik , takda parking ! Memang jenuh nak cari parking untuk ke klinik. Dia pun ke Alamanda. Nak ke klinik Dr. Maria. Senang situ !
Tapi... ada 'masalah' menanti la di sana ! Selepas jumpa doktor.. er jap, doktor kata sekarang banyak budak muntah muntah. Ada sejenis virus apa tah.. Dia kasi ubat kat Qhaliff. Kalau muntah lagi , bawak gi hospital terus.
Dah jumpa doktor... gi jumpa doktor jiwa dia lak... adehhh ! Terus segar !
Tu diaaaa ! Wife siap call aku tanya nak belikan ke tak. Hurm... lama dah dia tak dapat mainan. Sememangnya dia pon sejak dua menjak ni, bila lalu depan kedai mainan.. mampu pandang je... aku tak belikan dah. Dia pon tak la meraung. Dah berakal skit.
Selepas dia pilih apa dia nak... terus mak dia hantar ke aku , di Cheras...
Di Cheras.. sekali lagi dia muntah ! Aku bagi dia ubat yang doktor kasi. Alhamdulillah , selepas tu... dia kembali bergaduh dengan Zahra. Aku lak rasa cam nak muntah darah menahan amarah ! Tapi kalau diperhatikan Qhaliff , masih nampak letih tu.. makan pon tak !
Selepas 2 jam.. dia dah cergas skit.. Aku bawak dia beriadah di padang.. Muntah tak tapi tak tenaga nak berlari ! Huhuh..
Sehingga malam.. dia tak muntah dah. Tapi dalam kereta , terus lena tidurnya. Doktor pon suruh dia rehat esok.. Maka esok , aku kena jaga 3 orang sekali ! Aduhhh.. abis la data internet aku.
2 comments
Wahh qhalif dah besarr, haritu last bukak blog, dia kategori baby lagi. Hehe get well soon Qhalif! Handsome boy dah dia 😘
BalasPadamRotavirus lah tu, dulu anak pernah kena. Makan ke minum susu ke habis muntah, sampai susut badan. Moga Qhaliff kembali sihat!
BalasPadam