Hati-hati 3 Tinggi
Umur dah masuk 40 tahun.. er , ikut tahun dah kira 41 sebenarnya. Heee.. tapi kalau ikut bulan , masih 40 tahun ! Huhuhuh... Jiwa muda la katakan. Apa ada pada umur ? Banyak sebenarnya. Bila dah cecah 40 tahun ni , mata mula kabur , kesihatan mula menurun seandainya tidak menitik beratkan penjagaan kesihatan dan pemakanan !
Baru-baru ni aku ada gi buat pemeriksaan darah. Orang kata , bila dah 40 tahun ni , kita kena buat pemeriksaan kesihatan ! Haaa... Nak tak nak , suka atau tidak.. aku kena buat gak ! Sememangnya aku takut nak buat sebenarnya. Tapi kena buat gak.
Tapi sebelum tu , aku ada buat pemeriksaan fizikal di satu majlis anjuran Anlene. Aku agak obes ! Hahahaha.. masak aku !! Lemak perut berlebihan. Yer , gara gara 'raya sebulan' ! Aku dinasihati agar banyakkan bersenam dan sememangnya itulah yang aku nak mulakan kembali.. bersenam !
Tekanan darah , Alhamdulillah.. ok. Tapi kena jaga gak sebab ada kalanya tinggi sedikit. Mungkin sebab aku banyak kerja dan sedikit tertekan. Dan keputusan darah dapat 2 hari kemudian. Kandungan kolestrol agak tinggi tapi kandungan gula dalam darah , normal.
Secara jujurnya , aku memang takut part kolestrol tu. Gula , aku memang jaga sangat memandangkan sejarah kesihatan orang tua aku yang ada penyakit kencing manis dan darah. Apa yang perlu aku lakukan ialah jaga pemakan selain dari bersenam.
Selain dari itu , aku kena mula amalkan minum susu Anlene HEART PLUS. Sebelum ni , aku selalu tengok mak mertua aku minum susu Anlene. Katanya bagus untuk menguatkan tulang terutama mereka yang dah bergelar warga emas.
Apakah aku sudah layak digelar warga emas ? Hahaha.. tak laa.. Tapi aku kena gak la bersedia dari sekarang.. kan kan ?
Kenapa Anlene HEART PLUS ?
Anlene dengan formula baru yang mana bukan saja menjaga kesihatan tulang tetapi kini turut fokus pada kesihatan jantung , kolestrol , tahap gula dalam darah dan juga tekanan darah.. 3 Tinggi yang mana sering menyerang rakyat Malaysia tanpa mengira umur dah sekarang ni !
Profesor Dr.Chee Kok Han , Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya berkata kolestrol tinggi , tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor utama penyakit tidak berjangkit yang juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah serangan jantung dan strok.
Anlene Heart Plus mengandungi MoveMax dan HeartMax yang mana ianya merupakan gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung di samping juga menyokong pengerakan. Gabungan nutrien HeartMax termasuklah sterol tumbuhan , Omega 3 ( DHA & EPA ) dan kalium , dengan kebaikan kebaikan seperti berikut :
- Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah ;
- Kalium membantu mengekalkan teknan darah yang normal dan
- Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.
Selain itu , Anlene Heart Plus diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah yang mana penting dalam membantu menguruskan tahap gula dalam darah. Dan atas faktor faktor inilah aku mula mengamalkan pengambilan susu Anlene Heart Plus , setiap hari ! Kesihatan amat penting bagi aku. Tak sanggup aku nak ' bermalam' lagi di hospital ! Huhuhu..
Kalau sayangkan kesihatan , berubahlah dari sekarang. Jangan tunggu 'tersadai' ,baru nak menyesal ! Jom kita mulakan bersama sama yang tersayang..
27 comments
Lisa pun minum anlene hehehehe
BalasPadamLama tak minum susu.. kena start balik la macam ni.
BalasPadamKesihatan mmg kena jaga..umur dah banyak
Susu anlene ni bagus utk tulang dan kolestrol.. cikza amalkan dah 2 tahun.. kadang suka bawa opis yg pek kecil..
BalasPadamHuhuuuu mmg dah kena paksa minum susu,tulang gigi suma dah terjejas kalsium anak amik huhuuu....nak try la tapi kena campur jugak ni tak suka susu kosong huhhu
BalasPadamAnlene sedapp .. masa preggy susu ni yg boleh telan selain susu kambing
BalasPadamMcm dah lama x mnum susu. Huhu. Last ms preg je la. Kena fikir bab tulang ler plak. Ngee
BalasPadamYanie pun amalkan anlene skrg ni.. Tadi mula baca tertanya jugak apa tu 3 tinggi.. Rupanya kolestrol tinggi , tekanan darah tinggi dan tahap gula darah tinggi.mcm 3 serangkai jugak. Tq abg ben sharing..
BalasPadamsedapka? huhuu.tak lalu la susu
BalasPadamSelama ni dok ingat Anlene utk tulang ja, rupa rupanya banyak khasiat lain eh
BalasPadamSuka minum anlene.. sedap..masa preggy pun minum anlene..
BalasPadamsaya ada minum tpi jarang kena mula balik ni
BalasPadamSaya ni jenis tak minum susu.. Nampak nya demi kesihatan kenalan paksa diri.
BalasPadamYup, umur dah nak 40an memang kena jaga kesihatan. Saya pun dah mula minum susu sekarang, dulu tak suka. Nanti nak try jugak Anelene ni.
BalasPadamSaya pun minum Anlene. Selain untuk kesihatan tulang, rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan susu jenama lain
BalasPadamDah lama tak minum susu.
BalasPadamJatuh cinta ngan khasiat Anlene yang baru ni...complete!
Betul.. elok amalkan minum susu terutama bila usia dh meningkat
BalasPadamSusu anlene memang bagus kalau amalkan
BalasPadamMoha pun dah hampir 40. Nampaknya kena amalkan minum Anlene sekarang ni.
BalasPadamSelama ni ingat Anlene utk kalsium shj..
BalasPadamMak minum anlene..yang ni boleh bgtau mak
BalasPadamThanks ben for reminding.. Such a great entry
BalasPadamBagus Anlene nie. Boleh amalkan nanti
BalasPadamAnlene mmg bagus amalkan. Rase kne minum jugak lepas ni
BalasPadamkena start jugak le ni.. usia pon da makin bertambah....
BalasPadamBetul..kena jaga kesihatan dari skrg
BalasPadamnak try la minum susu enlene utk kesihatan
BalasPadamSayapun dah 40tahun keatasni...baru terbaca tentang susu anlene dan khasiatnya...nak cubalah manataukan serasih dgn saya...
BalasPadam