Semangat kesukanan yang 'ke laut' !

by - Sabtu, Ogos 26, 2017

Sukan SEA.. atlit bertanding di gelanggang. Penyokong bersorak di stadium. Peminat , di depan kaca tv. Tapi paling rancak , di media sosial ! Malam ni , separuh akhir.. Malaysia lawan Indonesia. Seperti yang kita tau , isu isu 'besar' telah diselesaikan dengan baiknya oleh kedua negara serumpun ni tetapi di media sosial , caci maki , kutuk mengutuk masih tetap berlangsung dengan 'jayanya' !

Hurm.. aku dah malas nak tonton semua ni. Penat. Kita tau , kita saling bergantung antara satu sama lain tapi kenapa boleh berlaku perkara gini ? Hurm.. Bukankah sukan sepatutnya menyatukan kita semua ? Tapi yang berlaku , adalah sebaliknya.. Sangat menyedihkan. 
Media sosial ni , sesuatu yang sangat menakutkan. Dulu masih boleh dikawal tetapi sekarang , ramai bijak pandai dah muncul.. payah dah nak bendung. Apakah matlamat 'mereka' tercapai atau kita sebenarnya yang tak reti nak gunakan serta salah gunakan ? Hurmm.. maka ada pihak yang menambil keuntungan atas kejahilan kita sendiri ! 
Nak bersukan tu bagus.. nak layan sukan tu , bagus.. tak payah sampai bergaduh ! Yang atas padang , dapat duit.. korang bergaduh dapat apa ? Musuh ? Menang atau kalah.. tahun depan bersua lagi. Apa apa pun , semoga berjaya pada kedua dua pasukan.

You May Also Like

2 comments

  1. masalah bendara terbalik ke BA... yg tu je saya tau yg lain masalah sukan sea, sy tak berapa nak tahu. tak dan nak follow media sosial ni...

    BalasPadam
  2. Hurmmm benda camnilah yang sedikit sebanyak jejaskan semangat kesukanan tu. Ramai sangat yang nak tunjuk lagak kat media sosial tanpa fikir apa kesannya.

    BalasPadam