Merdekakah kita ?

by - Khamis, Ogos 31, 2017

Tertonton satu rancangan di TV3 tadi.. Aku tersenyum dan geleng kepala. Benar... sememangnya benar ! Dari segi pencapaian pembangunan, sememangnya pemimpin kita dari dulu hingga sekarang telah berjaya melakukannya... tak kira la dari belah mana sekali pun , kedua duanya telah memainkan peranan mereka dengan cemerlang.
Tapi apakah benar kita telah merdeka ??? Atau kita cuma berjaya merdeka dari musuh yang ingin menjajah tanah air kita saja ?  Aku termenung. Menarik nafas dalam dalam dan lepaskan. Aku renung anak anak aku yang sedang bermain dengan sepupu sepupu mereka. Apakah nasib mereka ? Zaman mereka penuh dengan cabaran. Dari seusia muda hinggalah dewasa.. Mereka bakal mengharungi pelbagai rintangan yang bagi aku... sangatlah mencabar ! Apakah mereka bersedia ? Apakah mereka mampu mengalas tanggungjawab semua ini nanti dan seterusnya cucu cicit pula yang mengantikan mereka. Hurmm... 
Semalam... satu sejarah tercipta. Kita Juara Sukan SEA dan pungutan pingat emas juga satu pencapaian terbaik. Tapi sejujurnya , aku tak berbangga langsung. Atlit Islam tak tutup aurat. Banggakah ? Kalau menang emas dan tutup aurat , yer.. aku bangga ! Hurmm.. 
Dan satu lagi hadiah buat kita semua disamping cuti hari Isnin , harga petrol naik. 

Di kala kita semua pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha dan juga cuti panjang , sepatutnya harga petrol diturunkan.. tapi sebaliknya berlaku. Aduhhh.. semakin beban.. Satu sen nampak kecil tapi kalau nak naik bas atau LRT , tak cukup satu sen pon tak leh naik wooo !  Jangan cakap kecil..
Merdekakah kita ? Yer..kita dah merdeka ! Terima kasih kepada para pejuang tanah air yang senantiasa berkorban mempertahankan tanah air kita.. sejak dulu hingga hari ini dan hari hari mendatang. 
Kepada para pemimpin terutamanya yang mendabik dada membangga diri seolah anda telah mengorbankan diri anda tuuu demi rakyat , tak sabar nak tunggu PRU nanti. Maaf.. aku bukan nak cerita pasal politik tapi aku tak nak tengok anak cucu aku nanti melarat di bumi sendiri. 

You May Also Like

3 comments

  1. Hurmmm taraf hidup semakin mendesak sekarang, nak gembira sangat dengan kejayaan Negara pun tak boleh sebab akhirnya ada jugak kos yang membebankan kita!

    BalasPadam
  2. Salam aidiladha dan selamat hari merdeka abang Ben :)

    BalasPadam
  3. Dah tak tahu nak komen apa dah.
    Saya pun ada juga hint dalam blog tapi siapalah kita.

    BalasPadam